Prestasi Cemerlang Pelumba TUDOR Pro Cycling di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025

Jenama jam tangan TUDOR baru-baru ini meraikan pasukan TUDOR Pro Cycling yang berjaya menutup tirai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025. Satu majlis eksklusif di butik TUDOR Fahrenheit88 yang diadakan dengan kerjasama Sincere Fine Watches yang juga penganjur bersama.

Istimewanya acara ini telah menyatukan tetamu jemputan khas bagi meraikan pencapaian cemerlang pasukan TUDOR Pro Cycling sekali lagi memperlihatkan kejituan, ketahanan dan sebuah tekad yang memberi pentafsiran sebenar jenama ini seiring misi pasukan lumba.

Edisi LTdL 2025 berlangsung pada 28 September bermula di Pulau Langkawi dan berakhir pada 5 Oktober di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Di bawah pimpinan Pengarah Sukan Marcel Sieberg, barisan pelumba iaitu Arvid de Kleijn, Fabian Lienhard, Sebastian Kolze Changizi, Aivaras Mikutis, Roland Thalmann dan Yannis Voisard berjaya menamatkan perlumbaan.

Lapan peringkat perlumbaan penuh cabaran dilalui dengan kedudukan terbaik podium tempat kedua dan keenam bagi Arvid de Klejin manakala Yannis Voisard pula berjaya di peringkat 5 bagi tempat ketiga dan Aivaras Mikutis tempat kedua bagi peringkat 8.

Perlumbaan tamat oleh Yannis Voisard dengan kejohanan di tempat ketiga bagi Klasifikasi Individu Keseluruhan (Jersi Hijau Petronas) dan Arvid de Kleijn meraih tempat kedua bagi Klasifikasi Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Oren KBS).

Dalam sesi eksklusif tersebut, kesemua pelumba turut berkongsi pemngalaman serta rutin harian mereka menjelang musim perlumbaan. Pelumba pecut Arvid de Kleijn menekankan kepentingan strategi, pemulihan dan kepercayaan sesama rakan sepasukan dalam mencapai keputusan yang konsisten sepanjang perlumbaan.

Kate Lim, Pengurus Besar Serantau Sincere Watch Limited, berkata “Pasukan TUDOR Pro Cycling merupakan satu cerminan fokus dan disiplin yang memberi pentafsiran kecemerlangan sebenar. Pencapaian mereka mengagumkan dan kami di Sincere Fine Watches amat berbesar hati meraikan perjalanan mereka."

Dia turut menambah, "Di sebalik keputusan yang diperoleh, apa yang lebih penting adalah semangat perpaduan dan ketenangan mereka ketika berlumba di bawah tekanan. Malam ini bukan sekadar meraikan sukan tetapi juga nilai-nilai kesatuan yang terus memberi inspirasi buat pelanggan serta pasukan kami.”

Pop-up TUDOR bersama Kini di Pavilion Kuala Lumpur

TUDOR dengan kerjasama pasukan Visa Cash App Racing Bulls Formula One Team (VCARB) menawarkan pengalaman baru kolaborasi ulung ini. Dibawa bersama oleh Swiss Watch, acara TUDOR x VCARB Pop-Up Experience ini meraikan identiti dua jenama gergasi ini.

Seni pembuatan jam tangan berkualiti tinggi TUDOR yang cukup diperakui menyatu dengan semangat sukan permotoran sebagai satu terampilan eksklusif dan berprestij.

Berlangsung sehingga 14 September, acara ini dilancarkan oleh Encik Mukesh Valiram, Pengarah Eksekutif Valiram; Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) Pavilion Kuala Lumpur; Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur bersama wakil-wakil TUDOR.

“Sebagai peruncit jam mewah terkemuka, Swiss Watch berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan TUDOR dalam menganjurkan acara TUDOR x VCARB Pop-Up Experience di Pavilion KL ini. Pameran ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk menawarkan pengalaman unik dan berani, membawa debaran Formula 1 dan dunia pertukangan jam halus kepada para peminat di Malaysia."

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang promosi ini adalah Stimulator F1, Mesin Arked TUDOR, Pameran uniform yang dipakai pelumba F1 dan lain-lain. Pengunjung turut berpeluang menerima bekas jam tangan istimewa jenama ini dengan setiap pembelian jam tangan di pop-up ini dan penebusan jus istimewa yang disediakan bagi anda yang mengikuti akaun Instagram @TUDORwatch dan @swisswatchglobal.