Heart Media Malaysia memperkenalkan ELLE Men Malaysia, judul terkini dalam rangkaian global ELLE dan yang pertama seumpamanya dalam Bahasa Melayu. Menyasarkan lelaki urban moden yang bergaya dan berfikiran terbuka, majalah ini akan diterbitkan setiap dua bulan, dengan edisi sulung menemui pembaca pada Ogos 2025. Mengikuti perubahan gaya hidup dan identiti lelaki moden, ELLE Men Malaysia membawakan sudut pandang baharu tentang siapa lelaki Malaysia hari ini. Daripada dunia fesyen, budaya pop, sehinggalah topik gaya hidup yang relevan, majalah ini menjadi ruang untuk berkongsi inspirasi, gaya peribadi dan cerita yang dekat dengan jiwa lelaki urban masa kini.