
UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO dan JW ANDERSON Musim Luruh/Dingin 2026 terbaharu. Meraikan dunia teater, budaya akademik dan kebebasan ekspresi artistik, koleksi musim ini menampilkan rekaan yang lebih sofistikated. Juga sentuhan premium dalam mengimbangi perincian vintaj bersama fungsi moden.
“Musim ini mencerminkan perspektif dunia teater dan budaya akademik, iaitu ruang pertembungan kreativiti tanpa batas. Berteraskan gaya tradisional, kami menghasilkan koleksi yang menggabungkan warna, corak dan fungsi untuk dinikmati dalam pelbagai situasi seharian,” kata Jonathan Anderson.

Koleksi kali ini menterjemahkan rekaan tradisi yang diolah dalam gaya moden. Rekaan Short Blouson tanpa mengira jantina hadir dengan potongan lebih pendek dan siluet santai. Lantas memberikan penampilan yang lebih kontemporari. Sementara itu, Padded Short Jacket untuk wanita menggabungkan isian lembut dan berisipadu dengan fungsi moden. Pilihan pakaian kait seperti baju sejuk berleher V dan ves berleher bulat pula ditawarkan dalam pelbagai warna serta corak yang menyerlah.




Windproof Fleece Jacket untuk lelaki dan Fleece Short Blouson untuk wanita menawarkan keselesaan dengan potongan yang menarik. Cukup mudah digayakan secara berlapis-lapisan. Koleksi ini turut dilengkapi pelbagai aksesori termasuk stoking, skaf, beanie, beg dan pilihan lain untuk menyuntik karakter tersendiri ke dalam gaya musim luruh. Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON ini boleh mula didapati bermula 16 Oktober 2026.