LANGGAN

Kenescayaan Diri Hun Haqeem

Bakat, disiplin dan keberanian memilih naskhah yang mencabar diri menjadi faktor dia tidak goyah terus bersaing di lapangan seni.
Published: August 6, 2026
Penyelaras Ardi Idewani Zaini Fotografi Chee Wei Penata Gaya Muzzammin Muzlan Arahan Digital Sri Azni Arahan Seni Nabihah Nizam Dandanan Yusof Ruzaimi Solekan Khir Khalid Lokasi PARC Subang

Bermula dengan drama 'Cari Aku Di Syurga' (2019), langkah Hun Haqeem di lapangan lakonan dilihat berkembang apabila namanya semakin dikenali diikuti dengan watak Jaafar dalam 'Kampung People' (2019–2020) sebelum memperlihatkan sisi emosionalnya dalam 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' (2020) dan 'Angkara Cinta' (2020).

Apa yang pada awalnya dianggap sebagai kelebihan fizikal akhirnya bertukar menjadi satu tanggungjawab besar apabila setiap naskhah menuntut pembuktian bahawa dia bukan hanya sekadar pelakon terkini yang bergantung kepada paras rupa semata-mata.

Giat perjalanannya dengan pelbagai watak yang semakin menguji versatilitinya sebagai aktor. Dia tampil pula untuk drama bersiri adaptasi 'Korea, W: Two Worlds' (2023–2024) sebagai Aliff Hadi, watak utama yang memperlihatkan lagi kemampuannya membawa karakter lebih kompleks manakala kemunculannya dalam filem bibliografi 'Soloz: Game of Life' (2025) dan seterusnya 'Mandul Bukan Pilihan' (2025) gandingan bersama Mira Filzah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelakon generasi ini. Terbukti dalam tempoh kurang sedawarsa, Hun berjaya membina portfolio kukuh tanpa terikat kepada satu stereotaip watak.

Namun demikian, di sebalik populariti dan ribuan pengikut di media sosial, Hun Haqeem tahu dia sedang berada dalam fasa penting kerjayanya. Kesempatan berbual dengannya kali ini membuka sisi seorang aktor yang sedang ingin bermuzik tetapi masih berpegang bahawa populariti mungkin hadir sekelip mata tetapi kelangsungan relevansi dalam industri hanya mampu dicapai melalui kerja keras, konsistensi dan kualiti diri untuk terus mencuba.

Blazer, hiasan leher berlisu, tali pinggang, seluar dan kasut, kesemuanya daripada DIOR.

ELLE Men: To start, boleh kongsikan fokus terbesar Hun ketika ini?

Hun Haqeem:
Saya punya personal goal sekarang adalah untuk mencari satu jenis art form lebih besar untuk dapat dikongsi kepada audiens di luar sana dengan lebih meluas. Saya sedar lakonan itu memang ramai tahu yang sudah lakukannya lama, tetapi to keep the passion going, saya perlukan sesuatu yang lebih kreatif dan boleh dijual kepada masyarakat. Senang cerita, apa lagi bakat yang saya boleh tunjukkan. 

Dengan ayat yang lebih ringkas, at this moment saya sedang dalam pembikinan karya muzik sendiri. Selebihnya itu nanti akan diumumkan, tunggu sahaja apa yang saya akan beritahu bila semuanya ready. Adventuring into music so far seronok juga. Ia menjadi salah satu form untuk saya meluahkan dan mengekspresikan diri dengan cara berbeza. Kalau boleh sebelum lagu-lagu saya keluar nanti, saya nak betulkan niat diri untuk berkarya.  

EM: Jadi boleh dikatakan Hun sedang memfokuskan dua perkara besar serentak. Tapi, pernah ada self-doubt terhadap diri?

HH:
Honestly, ada. Kita kan manusia biasa, jadi mana pernah puas dengan diri kita sendiri. Saya bersyukur dengan orang-orang yang crossed paths along the way. Masa saya mula berlakon dulu, saya jumpa ramai orang yang nak membantu saya berlakon. Sama juga macam sekarang, bila nak mula buat muzik, jalan untuk jumpa ramai orang yang ingin bantu realisasikan impian bermuzik itu tidak susah, tapi tidak juga mudah.

Tidak boleh dinafikan, saya jumpa people yang best of the best from the industry untuk hilangkan self-doubt bermuzik itu. Mereka yang saya jumpa semuanya ada dynamic yang sama dan energy yang sama untuk diorang kongsi apa sahaja ilmu mereka ada. Jadi 2026 so far, I learned a lot lebih-lebih lagi untuk showcase passion saya dan craft saya kepada dunia luar. 

Kardigan panjang, kemeja tuksedo, seluar pendek dan beg jinjit, kesemuanya daripada DIOR.

EM: Lately, dalam lakonan Hun semakin ditawarkan watak lebih berkarakter. Sejauh mana tahap kepuasan itu setakat sekarang?

HH: Masih belum puas sebenarnya, saya masih rasakan terlampau jauh untuk saya rasa puas sekarang. Di era ini, saya boleh sifatkan sebagai golden era untuk kita semua sebagai pelakon sentiasa ambil peluang yang ada dan cuba banyak benda.

Kita boleh tengok contoh sedia ada tidak kisah dalam atau luar negara. Ramai pelakon muda yang ada work ethics baik dan mereka boleh pergi jauh. Lihat sahaja Timothée Chalamet atau Tom Holland. Mungkin susah untuk saya sebut satu-satu nama, tapi pilih sahajalah the titans of the industry. Bila kita ada work ethics yang baik, nanti kepuasan kerja itu akan datang sendiri. Tapi pada saya, hal ini bukan applied pada pelakon sahaja, writer, producer dalam industri pun kena ada work ethics yang sama-sama baik. Barulah industri kita dapat hasilkan satu karya yang very beautiful. 

EM: Jika perlu memilih satu watak yang menggambarkan personaliti Hun, bagaimanakah karakternya?

HH: Saya impikan satu watak yang sangat invested in something. Saya teringin watak yang mana watak tu ada obsession yang melampau kepada sesuatu perkara. Contohnya, watak manusia yang suka bersukan sampai dia tiada keinginan buat kerja lain, watak orang yang gilakan nature  sampai nak duduk dalam hutan atau mungkin watak manusia yang terlalu khayal dengan karakternya sampai langsung tidak hiraukan sesiapa di dunia. Kalau nak contoh, mungkin apa yang Tom Hanks selalu cuba lakukan dalam lakonan dia. Manusia yang obses dengan sesuatu yang sangat simple tetapi dia gilakan benda itu sampai jadi kompleks. 

EM: Suka tonton semula lakonan sendiri atau masih ada rasa cringe?

HH: Of course ada tapi itulah growth dan learning process. Apabila kita nampak diri kita berubah daripada satu fasa ke fasa yang lebih baik. Saya pegang satu kata Puan Sri Datin Sri Tiara Jacquelina, dia pernah pesan “Everybody can be great, if they are teachable.” Daripada quote tu, saya pegang sampai bila-bila. Selagi kita ada desire and hunger tu, kita boleh jadi lebih baik daripada semalam.

Blazer denim dan kemeja corak petak kecil daripada DIOR.

EM: Jika boleh dikongsikan, siapa sebenarnya individu yang mula-mula membentuk cara Hun melihat seni lakonan dan kini nyanyian?

HH: Kalau lakonan, saya percaya orang yang push diri sendiri sebenarnya diri saya. Saya tahu ini apa yang saya minat dan career ini yang saya impikan dari dulu kerana impak lakonan terhadap diri saya Haqeem bin Hermy memang sangat besar. Saya faham angle soalan ini yang mana kita sebagai pelakon perlu ambil atau ada inspirasi daripada ramai pelakon di luar sana. Tetapi bila ada momen untuk diri sendiri dan push diri sendiri, kita tahu yang kita boleh stay true to ourselves dan akan menang dalam race hidup ini. Sejak umur 12 tahun lagi saya tahu yang saya selalu suka mencuba. 

Kalau nyanyian pula saya boleh katakan ayah saya. Bila ada momen berbual dengan dia tentang muzik, the flow of conversation itu akan berentetan panjang dan ada sahaja topik dibualkan. Dia juga selalu main gitar di rumah. Kalau di rumah juga waktu kecil dia akan mainkan lagu-lagu Queen, Aerosmith atau REO Speedwagon. So this dude, memang ada connection muzik dengan saya. 

EM: Industri kita menyaksikan kerancakan tampilan baru. Jadi bagaimana Hun melihat budaya ini?

HH: Budaya yang saya nampak sekarang agak concerning. Saya cuma harap bakat-bakat baharu yang masuk ke industri ini bukan datang dengan tangan atau jiwa yang kosong untuk mengejar famous semata-mata. Industri kita ini tidak besar, tapi tidaklah juga kecil untuk bersaing. It's not glamorous just to become glamorous. Saya harap mereka masuk industri dengan nilai dan budaya yang baik, beretika serta tidak mengacau periuk nasi orang lain.

EM: Ada pernah rasa tercabar dengan tampilan baru di lapangan lakonan dan nyanyian?

HH: Saya tidak adalah rasa tercabar, saya percaya rezeki. Saya sebenarnya sangat supportive dengan orang-orang baru. Masa saya mula-mula masuk industri dulu pun, saya sentiasa harap setiap kali datang kerja, it doesn't feel like work. It is like you come, enjoy and play. Everybody has smiling faces. Saya yakin orang baru boleh bawa fresh ideas to the table. Yang penting, kita sama-sama pastikan budaya dalam industri seni ini kekal sihat, saling hormat dan sentiasa sokong antara satu sama lain.

Kemeja dan seluar DOLCE & GABBANA.

EM: Sepuluh tahun mendatang, versi Hun Haqeem sebagaimana yang diharap dapat dilihat apabila menoleh kembali perjalanan panjang kerjaya selama ini.

HH: Saya baru saja terfikir soalan ini dua tiga hari lepas. Rasanya kalau sepuluh tahun lagi, saya masih nak jadi orang yang sama. Saya nak kekal jadi seorang yang mudah didekati dan disenangi ramai. Masih boleh duduk makan bersila atas lantai, macam sekarang. Lepas itu, masih dapat jumpa ramai orang dan kenal ramai orang.

Kalau kita tengok industri kita atau di luar sana, kadang-kadang saya sedih bila ada selebriti atau big names yang akhirnya hilang siapa diri mereka. Yes, you may evolve, grow, become a bigger star, a more famous actor or actress, tapi jangan hilang diri sendiri. Don't give too much sampai lupa siapa diri kita. Stay true dan keep pouring your heart to people. Saya harap walaupun dah lama dalam industri nanti, saya masih jadi diri saya yang sebenar. At the end of the day, peminat menyokong kita kerana siapa diri kita, bukan semata-mata apa yang kita sudah capai. Itu yang saya selalu pegang.

Blazer dan seluar daripada KENZO.

Baca temu bual penuh dalam edisi cetak ELLE Men isu Ogos/September 2026.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down