Sempena Merdeka tahun ini, Marriott Bonvoy tidak hanya sekadar meraikan sambutannya– mereka mengolahnya dalam setiap cawan kopi yang dihasilkan. Menyatukan dunia kopi artisan dengan budaya urban kontemporari, Marriott Bonvoy memperkenalkan Brew With Benefits. Acara ini merupakan pengalaman pesta kopi bergerak secara eksklusif di hotel-hotel terpilih seluruh Malaysia sepanjang Ogos - September 2025.
Minuman cofftails diperkenalkan – koktel berasaskan kopi dengan rasa pilihan Malaysia seperti pandan, mangga Harumanis, nanas atau sirap ros. Bukan itu sahaja, tetamu turut diberi peluang untuk mengumpul mata ganjaran Marriott Bonvoy pada setiap pesanan. Pengalaman unik dan autentik ini ditawarkan bukan sekadar untuk tetamu merasai kopi sahaja, tetapi sebagai satu kenyataan gaya hidup.
Brew With Benefits bukan hanya tentang rasa, tetapi juga tentang ceritanya. Di sinilah Wira Merican, barista dan pengasas rangkaian kolektif kopi tempatan jenama hétam+ – yang menggabungkan seni dan rasa tampil sebagai wajah utama kempen ini.
Dikenali dengan eksperimentasi luar biasanya dengan profil rasa kopi di Malaysia, Wira akan membuat penampilan istimewa di hotel-hotel yang terlibat. Sesi perkongsian dan bru secara langsung juga diadakan oleh beliau bagi berkongsi naratif yang menggambarkan semangat kemerdekaan perspektif budaya.
“Kopi adalah bahasa universal. Ia menghubungkan kita melalui cerita dan rasa. Kolaborasi ini membolehkan kita menonjolkan identiti Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan cara yang moden dan berani,” kata Wira.
Antara ciptaan eksklusif beliau untuk kempen ini adalah Emas dan Khatulistiwa. Dua minuman yang dikatakan menggabungkan teknik artisan dan rasa nostalgia Malaysia.
Bagi anda yang ingin alami sendiri pengalaman ini, berikut adalah senarai hotel yang terlibat:
Tarikh dan aktiviti berbeza mengikut lokasi, jadi anda disarankan untuk mengikuti akaun media sosial setiap hotel untuk info terkini.
Setiap tegukan kopi bukan sahaja membuka dimensi rasa baru, malah membuka peluang untuk menerima ganjaran. Ahli Marriott Bonvoy bukan sahaja menikmati mata bonus, tetapi turut menerima pencuci mulut eksklusif secara percuma. Ini sudah tentunya menjadikan setiap kunjungan memberi pengalaman gaya hidup lengkap!
Layari pautan berikut untuk lebih info: Brew With Benefit oleh Marriot Bonvoy