Dalam dunia lelaki moden yang sentiasa bergerak pantas, ruang kediaman bukan sekadar tempat berehat. Ia adalah zon peribadi yang perlu mencerminkan kesejahteraan, gaya dan fungsi pintar.
Menyedari keperluan ini, Panasonic memperkenalkan satu lagi inovasi termaju dalam dunia penyaman udara iaitu Siri X-Premium Inverter. Generasi baharu yang bukan sekadar penyejuk udara, ia adalah pelindung ruang dan kesihatan anda.
Diilhamkan daripada tiga falsafah Jepun, omotenashi (keramahan ikhlas), mottainai (mengelak pembaziran) dan monozukuri (seni penciptaan berkualiti tinggi). Panasonic membawakan teknologi yang bukan sahaja efisien, tetapi juga penuh empati terhadap gaya hidup harian.
Model X-Premium ini dikuasakan oleh nanoe™ X Generator Mark 3, teknologi penulen udara dengan kuasa menghasilkan 48 trilion radikal hidroksil sesaat.
Apa maknanya untuk anda? Debunga, bau masakan, asap rokok, bau haiwan peliharaan, bakteria, virus, dan kulat semua disingkirkan pantas. Udara di rumah anda kini bersih, segar dan sihat tanpa perlu pasang alat tambahan.
Reka bentuk dalaman bukan lagi sekadar estetik, ia tentang keseimbangan antara fungsi dan gaya. Siri X-Premium bukan sahaja hadir dengan reka bentuk minimal dan moden, tetapi turut dilengkapi ciri pintar seperti Clean Air Indicator tiga warna, sensor habuk PM2.5 dan Odour Sensor untuk mengesan bau secara masa nyata.
Bagi anda yang menghargai teknologi mesra alam, model ini menawarkan penjimatan tenaga sehingga 58% lebih rendah berbanding penyaman udara bukan inverter, lengkap dengan penarafan tenaga lima bintang. Jadi bukan sahaja ruang anda sejuk dan bersih, bil elektrik pun kekal ‘chill’.
Fungsi Inside Cleaning On Demand dan Anti-Dust Cross Flow Fan bermaksud anda tak perlu risau tentang habuk atau lembapan tersembunyi. Ia membersihkan bahagian dalaman secara automatik, menjimatkan masa dan memastikan prestasi optimum.
Sebagai pelengkap gaya hidup tenang dan seimbang, Panasonic melancarkan kempen Hidup Mesti Chill, menyeru rakyat Malaysia untuk mengekalkan kesejahteraan mental di sebalik tekanan harian. Dan sebagai bonus, empat pemenang bertuah akan menerima subsidi bil elektrik setahun bernilai RM10,000. Hadiah lain termasuk perkakas rumah Panasonic dan kredit TNG eWallet.
Siri X-Premium Inverter kini boleh didapati di pengedar sah dan kedai atas talian rasmi Panasonic, dengan harga bermula RM2,801 seunit. Setiap pembelian disertakan waranti 3 tahun untuk alat ganti umum dan 5 tahun untuk unit pemampat, pelaburan jangka panjang untuk udara dan hidup yang lebih sihat.