LANGGAN

5 Barbershop Paling Hip di KL & PJ

Ini direktori anda untuk senarai barbershop paling hip di KL yang pasti akan menjanjikan pengalaman potong rambut yang lain daripada lain dan hasil yang memuaskan!
Published: May 20, 2025

1. The Oven Cuttery

Mungkin anda akan tertanya-tanya sama ada The Oven Cuttery adalah sebuah kafe atau kedai gunting rambut. Mereka juga berkongsi ruang dengan Ellipsis, sebuah kafe yang menyajikan kopi istimewa dan pastri. Lebih menarik lagi, jika anda ingin bawa pengalaman grooming ini pulang ke rumah, The Oven Cuttery turut menghasilkan sendiri produk penjagaan lelaki jenama Mentega yang dijual dan digunakan di salon mereka.

Alamat: 21, Jalan SS 21/34, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Selasa hingga Jumaat: 8 pagi – 5 petang
Sabtu & Ahad: 10 pagi – 7 malam
Tutup pada hari Isnin

Hubungi: Instagram | Website

2. Sweeney Ted

Pemilik barbershop ini, Ted pernah bekerja di OTHRS Barbers dan Oven Cuttery sebelum membuka barbershop milikanya sendiri, Sweeney Ted di Perth dan Malaysia. Di sini, anda juga boleh membeli produk O’Douds, jenama penjagaan diri dari Amerika Syarikat yang mengutamakan pendekatan ringkas, berkesan dan lestari untuk penjagaan rambut.

Alamat: The School @ Jaya One, 72A Jalan Universiti, PJS 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa hingga Sabtu, 10 pagi – 7 malam
Tutup pada hari Ahad dan Isnin

Hubungi: Instagram |. Website

3. 52 Barbers

Di 52 Barbers, ada pelbagai servis perkhidmatan rambut ditawarkan di sana – daripada servis trim janggut, hinggalah ke potongan khas untuk lelaki yang disesuaikan dengan gaya peribadi anda. Menariknya, setiap potongan rambut diakhiri dengan servis tuala panas yang menyegarkan, menjadikan pengalaman bukan sekadar bergaya, tetapi juga sesi untuk memanjakan diri.

Alamat: 52 Barbers @ Notch KL, LG2-03, Residensi Duta Kiara, 7 Jalan Duta Hartamas, Dutamas, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu: 11 pagi – 5 petang | Ahad: 12 tengah hari – 5 petang
Tutup pada hari Isnin

Hubungi: Instagram

4. Rif Hair Studio

Jika anda pertama kali mendengar apa itu slow barbering, anda akan merasainya di sini — di mana satu sesi potongan rambut mengambil masa sejam kerana Rif benar-benar meluangkan masa untuk mengenali anda melalui sesi konsultasi yang teliti. Harga bermula dari RM75.

Alamat: P-1-26, Tropicana Avenue, Petaling Jaya.

Waktu Operasi: Setiap hari: 10 pagi - 7 malam
Tutup pada hari Ahad

Hubungi: Instagram

5. Nimroc

Nimroc ialah rangkaian barbershop dan ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi. Kini beroperasi di 15 cawangan sekitar Lembah Klang dan Petaling Jaya. Daripada potongan rambut klasik hinggalah cukuran pisau, anda pasti berada dalam tangan yang mahir bersama barber profesional mereka.

Alamat: Untuk senarai penuh lokasi, klik di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi - 10 malam

Hubungi: Instagram | Website

Kredit foto utama: ELLE USA/Getty Images

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down