
Montblanc meneruskan legasi penceritaan melalui wangian dengan pelancaran Montblanc Legend Elixir. Ia merupakan tambahan terbaharu kepada rangkaian keluarga wangian terlaris jenama. Menampilkan sisi lelaki Montblanc Legend yang lebih mendalam, sensual dan penuh karisma, wangian ini hadir dengan karakter olfaktori yang lebih berani serta rekaan botol perak moden yang menyerlahkan kemewahan.
Setiap wangian dalam rangkaian Montblanc Legend mencerminkan karakter lelaki yang berusaha meninggalkan jejak tersendiri dalam kehidupan dengan penuh semangat dan tujuan. Bukan semata-mata mengejar gelaran legenda, tetapi mencipta kisah serta identiti unik melalui perjalanan mereka sendiri. Menerusi edisi kelima ini, Montblanc mengetengahkan sisi paling intense lelaki Legend iaitu ikonik, berani dan tidak berkompromi dengan keperibadiannya.
Montblanc Legend Elixir merupakan interpretasi lebih kuat terhadap identiti Legend. Ia meraikan lelaki yang mengenali asal usulnya, segala cabaran yang telah ditempuh dan individu yang dibentuk oleh pengalaman tersebut. Baginya, haruman bukan sekadar pelengkap penampilan, tetapi sebahagian daripada kisah hidup yang dibawa bersama.

Buat pertama kalinya, Montblanc memperkenalkan wangian Legend dalam kepekatan Parfum, menjadikan Legend Elixir versi paling intense dan berkuasa dalam koleksi ini. Menggabungkan karakter Fougère dan Ambery, haruman ini meraikan sisi maskulin dengan penuh keyakinan dan keanggunan. Dicipta oleh dua pakar minyak wangi, Antoine Maisondieu dan Guillaume Flavigny, Legend Elixir menampilkan perjalanan olfaktori berlapis yang berteraskan gabungan sensual vanila dan iris.
Haruman dibuka dengan kesegaran bergamot dan lavender yang menyegarkan, diserikan sentuhan pink peppercorn yang memberikan dimensi lebih bertenaga. Nota pembukaan ini turut mengimbau identiti ikonik Legend Eau de Toilette, namun dengan karakter yang lebih mendalam. Pada bahagian nota tengah, keanggunan Iris Germanic berpadu dengan kehangatan aromatik Clary Sage serta kemanisan buah-buahan Pomarose™. Sementara itu, nota asas memperlihatkan jejak sensual dan memikat menerusi Vanilla Absolu Madagascar Orpur™, Ambrofix™ serta resin hangat yang meninggalkan kesan mendalam.

Rekaan botol ikonik Montblanc Legend diberi nafas baharu menerusi kemasan lakuer perak berkilauan yang menyerlahkan estetika mewah dan karakter teguh jenama ini. Ia dilengkapkan dengan kotak luaran bermotif gelombang timbul metalik. Serta tekstur berbutir yang elegan, seiring dengan karakter intens haruman di dalamnya. Warna perak yang sinonim dengan instrumen penulisan, jam tangan dan barangan kulit Montblanc turut menjadi penghormatan kepada warisan ketukangan serta daya tarikan abadi Maison tersebut.
Dengan penampilan tenang namun tajam, model Simon Clark menjadi wajah kempen Montblanc Legend Elixir. Kempen ini dirakam oleh jurugambar legenda, Peter Lindbergh. Aura tersendiri serta keanggunan klasiknya mencerminkan karakter haruman ini dengan sempurna. Pernah menghiasi kempen terdahulu Montblanc Legend, Simon Clark sekali lagi menghidupkan kesinambungan identiti ikonik rangkaian wangian tersebut. Montblanc Legend Elixir kini boleh didapati di Isetan, Parkson, AEON, SOGO, SEIBU, Sephora, Sasa dan Zalora Malaysia.
Harga: RM295 (30ml), RM425 (50ml) dan RM575 (100ml).