LANGGAN

Simfoni Moden Rasa Melayu IRAMA Dining KL

Tampilkan pelbagai menu bab baharu dalam dunia kuliner.
Published: October 22, 2025

Di antara landskap gastronomi Kuala Lumpur yang serba pelbagai dan penuh eksperimen, IRAMA Dining muncul sebagai pendukung tradisi yang teguh. Dengan rentak moden yang segar dan berani, bulan Oktober ini restoran ikonik tersebut mempersembahkan menu terbaharu. Tampilan 19 hidangan baharu diperkenalkan. Sebuah seleksi yang menggabungkan pelbagai warisan masakan Melayu dengan sentuhan kontemporari yang memikat selera masa kini.

Setiap pinggan di IRAMA juga bukan sekadar makanan. Ia adalah naratif satu penghormatan kepada akar budaya yang kaya, dipersembahkan dalam bentuk yang anggun dan penuh perincian.

Menu Baharu, Dicipta Bersama Para Tetamu

Bukan sekadar olahan semula, menu kali ini lahir daripada hubungan yang erat antara restoran IRAMA dan para pengunjungnya. Berdasarkan maklum balas pelanggan serta populariti hidangan-hidangan utama mereka, pasukan kulinari mereka menyusun semula menu. Ini semua dalam memastikan rangkuman gabungan rasa klasik dan inovasi moden diolah sempurna.

Ikhwan Siru sebagai pengasas bersama IRAMA Dining menyifatkan menu ini sebagai “surat cinta” kepada masakan Melayu.

“Kami mengekalkan roh hidangan tradisional, tetapi memberi nafas baharu melalui teknik dan persembahan moden. Setiap suapan mengandungi unsur keselesaan dan penemuan,” jelas Ikhwan.

Para tetamu boleh menantikan variasi pembuka selera, kerabu dengan interpretasi global, makanan laut eksklusif, kreasi fusion yang menggoda. Ini juga disertai minuman istimewa baharu yang dirumus khas untuk mencerminkan rasa tropika Malaysia. Semua ini disajikan bersama pilihan klasik yang telah menjadi kegemaran ramai.

Dari Pulau Mutiara ke Tengah Kota

Bermula di Pulau Pinang, IRAMA mula dikenali kerana keupayaannya mengangkat masakan Melayu ke tahap baharu. Menyedari sambutan luar biasa daripada pelanggan luar negeri, IRAMA berkembang ke Kuala Lumpur pada tahun 2022 sekaligus mengukuhkan namanya. Hari ini ia layak sebagai destinasi wajib bagi pencinta masakan warisan dengan cita rasa moden.

Kini, IRAMA terus melangkah ke hadapan dengan pengumuman pelancaran IRAMA Signature pula. Konsep terbaharu yang akan dibuka pada Disember 2025 di IOI City Mall, Putrajaya. Ia menjanjikan pengalaman makan yang lebih santai namun tetap elegan menampilkan gabungan terbaik semua restoran di bawah jenama IRAMA.

Lebih Daripada Sekadar Makanan

Dalam dunia moden yang pantas berubah, IRAMA Dining mengingatkan kita bahawa kelazatan sebenar sesebuah hidangan terletak pada kisah sebaliknya. Menu baharu ini bukan sekadar mencipta semula rasa, ia membawa mesej, kenangan dan identiti.

Buat para lelaki moden yang menghargai warisan serta berani mencuba. Kelainan IRAMA sudah pasti menawarkan pengalaman makan yang memuaskan isi perut serta menyentuh jiwa secukupnya.

Semua menu baharu boleh dinikmati mulai 1 Oktober 2025 dan tempahan awal amat digalakkan.

Jika anda mencari santapan yang menggabungkan gaya, cerita dan rasa — IRAMA Dining KL adalah destinasi anda yang seterusnya.


Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down