Xiaomi telah secara rasmi melancarkan Xiaomi Watch 5 bersamaan dengan pengenalan dua model Xiaomi 17 Ultra. Jam tangan pintar ini menampilkan skrin 1.54” AMOLED 60Hz dengan kaca nilam dan bezel nipis. Ia turut digabungkan dengan tubuh logam tahan karat 47 mm untuk ketahanan dan estetika premium.
Dari segi prestasi, Watch 5 dilengkapi cip utama Snapdragon W5 untuk tugasan berat dan cip sekunder BES2800 untuk tugasan ringan seperti penjejakan kesihatan. Kombinasi ini membolehkan jam bertahan sehingga 18 hari dengan sekali caj sahaja. Ia bersamaan 7 hari jika menggunakan skrin AOD dan mod penjimatan bateri diaktifkan.

Jam tangan ini menawarkan sistem penjejakan nadi, tidur, GPS, oksigen dalam darah, ECG serta sensor EMG. Ia membolehkan kawalan gestur seperti menjawab panggilan atau memulakan sesi senaman tanpa menyentuh skrin.
Sensor EMG juga boleh digunakan untuk mengawal kamera dan TV pintar Xiaomi. Menggunakan HyperOS 3, Watch 5 menyokong pembantu maya XiaoAi dan rangkaian 4G melalui eSIM dengan tubuh jam yang mematuhi piawaian kalis air 5 ATM. Pilihan tali termasuk fluoroelastomer, kulit, dan titanium cetakan 3D.
Di China, Xiaomi Watch 5 sudah dijual pada harga bermula RMB 1,999 (~RM1,148) untuk versi Bluetooth dan RMB 2,299 (~RM1,320). Secara keseluruhan untuk versi eSIM menawarkan teknologi dan reka bentuk premium pada harga yang kompetitif.