Jika anda pernah teringin untuk buat slushi sendiri di rumah seperti yang dijual di taman tema atau kedai minuman, Ninja SLUSHi memang sesuai sebagai mesin yang boleh merealisasikan idea itu. Rekaannya moden, fungsi yang profesional dan ia hadir menjanjikan kebolehan untuk menyediakan pelbagai jenis minuman sejuk beku daripada slushi biasa hinggalah frappe dan minuman ais berkrim.

Ninja SLUSHi merupakan mesin minuman sejuk beku daripada jenama Ninja yang direka untuk menukar minuman biasa menjadi minuman ais bertekstur lembut. Anda boleh menggunakan minuman berkarbonat, kopi, jus atau minuman berperisa. Hanya perlu tuangkan terus ke dalam mesin tanpa perlu bekukan air terlebih dahulu.
Mesin ini menawarkan kawalan tahap kepekatan, jadi anda boleh tentukan sama ada inginkan rasa yang lebih cair atau lebih pekat mengikut cita rasa.
Mesin ini terasa kukuh dan berkualiti tinggi materialnya. Daripada segi persediaan, ia sangat mudah untuk digunakan. Tiada langkah rumit atau bekas yang perlu disejukkan awal terlebih dahulu. Panel kawalan jelas dan mudah difahami walaupun untuk pengguna kali pertama atau kanak-kanak.
Paling menerujakan, proses pembersihannya selepas digunakan sangat mudah untuk mesin yang mempunyai bilah dan bahagian bergerak di dalamnya.

Saya mencuba beberapa mod termasuk slush, frappe dan frozen drink menggunakan minuman seperti kola dan Fanta.
Mesin ini memang memerlukan sedikit kesabaran dan eksperimen tetapi hasilnya berbaloi. Ia bukanlah satu jenis mesin yang sempurna pada penggunaan kali pertama, sebaliknya lebih sesuai untuk pengguna yang suka mencuba dan melaraskan tetapan.
Mesin ini lebih sesuai untuk keluarga, rumah yang ada kanak-kanak, atau mereka yang gemar melayan tetamu dan mencuba resipi minuman unik.
Mesin ini akan mula dijual di Malaysia pada 15 Januari 2026 dengan harga RM1,499 menerusi laman rasmi SharkNinja.my. Sebagai promosi pelancaran, setiap pembelian akan menerima Ninja Blast Portable Blender percuma bernilai RM399 dari 15 Januari hingga 31 Mac 2026, selagi stok masih ada.
Produk ini juga akan tersedia di peruncit utama seluruh negara serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Layari juga akaun media sosial untuk maklumat lebih lanjut di @ninjakitchenmy
Ninja SLUSHi merupakan mesin minuman sejuk beku yang berfungsi dengan sangat baik jika digunakan sepenuhnya. Selepas memahami cara ia digunakan, kawalan ke atas tekstur minuman menjadi satu kelebihan besar. Ia menyeronokkan, praktikal dan memberi hasil yang memuaskan.
Ia mungkin tidak untuk semua orang yang tidak menggemarkan minuman sebegitu, tetapi dengan penggunaan yang betul Ninja SLUSHi adalah mesin yang mudah dan berbaloi untuk dimiliki.