LANGGAN

JIN Gastrobar: Simfoni Rasa, Gaya dan Detik Bermakna

Beberapa menu baru diperkenalkan sempena 2026.
Published: January 21, 2026

Tersembunyi namun serba eksklusif di dalam Aurum Theatre, The Gardens Mall, JIN Gastrobar terletak sebagai sebuah destinasi makan yang merayakan seni menjamu selera moden. Dibuka pada tahun 2019, namanya lahir daripada permainan makna yang sofistikated. “Jin” membawa erti emas dalam bahasa Mandarin. “Gin” pula merujuk kepada salah satu signature pour yang menjadi nadi bar restoran ini. Sejak awal, JIN dibayangkan sebagai ruang di mana makanan, minuman dan momen indah bersatu dalam satu pengalaman yang berkelas.

Kini, JIN Gastrobar tampil dengan interpretasi segar terhadap masakan kontinental moden. Setiap hidangan diolah dengan teliti bermula daripada pembuka selera yang mengundang mata, pilihan utama dari darat, laut dan grill. Hinggalah kepada pasta terpilih, sup yang menghangatkan jiwa serta salad yang menyegarkan. Ruang ini direka untuk semua suasana seperti makan malam intim, pertemuan santai rakan-rakan, malam istimewa bersama tercinta atau detik “me-time”.

Pembuka Selera

Pengalaman di JIN Gastrobar dimulakan dengan rangkaian appetiser yang memberi rasa keakraban dan keseimbangan. Daripada sharing platters yang sesuai dinikmati bersama, kepada sup dan salad yang menyuntik kesegaran. Setiap hidangan menjadi prelud kepada perjalanan rasa yang lebih mendalam.

Assortment of Sides

Hidangan Utama, Kelazatan Tanpa Kompromi

Untuk sajian utama, JIN menawarkan pilihan yang memuaskan selera. Ikan panggang yang dimasak sempurna, daging grill yang dekaden daripada daging lembu, ayam atau kambing. Terdapat juga pasta yang memberi keselesaan klasik dengan sentuhan moden. Hidangan ini dilengkapi dengan pelbagai sides seperti russet steak fries, sautéed spinach, sautéed mushrooms, truffle mashed potatoes serta asparagus dan broccolini Peru. Pilihan yang menaikkan lagi pengalaman bersantap.

O’Connor’s Black Angus Ribeye

Kemanisan Yang Disertakan

Tiada pengalaman makan yang lengkap tanpa pencuci mulut. Di JIN, penutup mulut hadir dalam bentuk Classic Tiramisu dan Chocolate Brûlée yang kaya rasa. Pilihan lebih segar juga tersedia seperti Lime & Lychee Mousse serta Apple crumble bersama ais krim. Padankan dengan signature cocktails yang menampilkan gabungan perisa unik seperti olive, nanas, kalamansi dan laici. Bagi perasa lebih ringan, mocktail seperti peach sunrise, pineapple passion, calamansi fizz, elderflower fizz atau virgin mojito menjadi penyeimbang menyegarkan.

Lime and Lychee Mousse

Makan, Muat Naik Story Dan Dapat Ganjaran

Sebagai tambahan, JIN Gastrobar meraikan tetamu setia dengan kempen istimewa. 300 ahli GSC Rewards terawal yang menjamu selera dan berkongsi pengalaman di media sosial dari 21 Januari hingga 21 Mac akan menerima mocktail percuma. Caranya mudah, nikmati hidangan, muat naik Story di Instagram dan tag @jingastrobar, kemudian tunjukkan kepada staf untuk menikmati ganjaran tersebut.

JIN Gastrobar merupakan ruang eksklusif untuk merai detik istimewa serba eksklusif untuk sambutan hari lahir, ulang tahun, bridal shower hinggalah perayaan peribadi lain. Sebuah hidden gem yang tidak memerlukan tiket wayang namun sentiasa menjanjikan pengalaman sinematik melalui rasa dan suasana.

Untuk kemas kini terkini dan inspirasi gaya hidup, ikuti @jingastrobar di Instagram mereka. Di sinilah kelazatan rasa dan gaya hidup bertemu.




Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down