LANGGAN

Selahatin Kini di Malaysia

Rutin baru
Published: February 19, 2026

Selahatin, jenama penjagaan oral premium dari Sweden yang diasaskan oleh Kristoffer Vural pada tahun 2016 datang dengan visi bagi mengangkat rutin harian perapian diri menjadi pengalaman mewah yang merangsang deria. Menerusi rangkaian ubat gigi pemutih, ubat kumur dan semburan oral, Selahatin menggabungkan fungsi klinikal.

Dihasilkan di Switzerland, produk-produk ini menampilkan aroma yang disifatkan sebagai sofistikated dan bersifat niche. Pemilihan buah pelaga, sitrus dan kayu manis dipilih sebagai fungsi yang dicipta untuk membangkitkan ketertarikan hubungan emosi serta keberkesanan klinikal.

Diasaskan oleh Kristoffer Vural yang mengalami sendiri peningkatan deria bau dan rasa selepas diserang strok sebelum usia 30 tahun. Pengalaman peribadi ini mendorongnya mencipta produk yang menyuntik unsur keindahan dan dekat dengan emosi ke dalam ritual harian.

Produk Selahatin bersifat vegan, bebas eksperimen terhadap haiwan, mengandungi antioksidan dan diuji secara dermatologi. Formulanya sering diperkaya dengan bahan seperti aloe vera sebagai ejen yang menenangkan bagi penjagaan enamel gigi.


Dikenali dengan pembungkusan yang moden dan artistik, Selahatin turut menjalin kolaborasi kreatif bersama pereka terkenal seperti Rick Owens. Rangkaian produk Selahatin kini boleh didapatkan di Kens Apothecary.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down