
Selepas saingan Separuh Akhir, 10 buah lagu berjaya melangkah lolos ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 untuk memburu trofi berprestij industri muzik Malaysia. Sepanjang dua malam saingan tersebut, setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila barisan artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya.
Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya. Malam separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, serta persembahan istimewa oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah sebagai pembuka pentas malam pertama, diikuti kemunculan Kaka Azraff dan Tuju pada malam kedua.
Berikut ialah senarai 10 lagu yang berjaya ke pentas akhir AJL40:
| NO. | LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
| 1. | Lumangad Oku Dika | Ryenald Guntabid | Ryenald Guntabid | Ryenald Guntabid |
| 2. | Kamu | Aina Abdul | Aina Abdul | Aina Abdul |
| 3. | Cak Cak Cekuk | Wani Kayrie | Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh | Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh |
| 4. | Ke Mana Ni | Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik | Kmy Kmo, Luca Sickta | Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam |
| 5. | Tak Adil | Aisha Retno | Aisha Retno & Radi | Aisha Retno |
| 6. | Tangisan Seorang Pendosa | Marsha Milan | Marsha Milan | Hazama |
| 7. | Semacam Pandora | Hazama | Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia | Zel Hadauan |
| 8. | Lemah | Dayang Nurfaizah | Hael Husaini | Hael Husaini |
| 9. | Nurcinta | Amir Masdi | Amir Masdi & Edry Abd. Halim | Amir Masdi & Edry Abd. Halim |
| 10. | Tiwikarma | K.O.I | Zai Hamzah & Hemo Globin | Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam |
Foto: TV3 Malaysia