LANGGAN

EXOMIND: Prosedur Perintis Bagi Kesihatan Mental Diperkenalkan di Malaysia

BTL, peneraju global bagi teknologi perubatan, memperkenalkan EXOMIND.
Published: April 23, 2026
kesihatan mental

Di Malaysia, kadar kemurungan telah berganda sejak 2019. Sekarang satu pertiga rakyat Malaysia menghadapi masalah mental illness atau kesihatan mental. Malah ia merupakan masalah kesihatan utama bagi orang dewasa di dunia, melepasi kanser dan obesiti. Bagi lelaki khususnya, isu ini sering terlepas pandang kerana tekanan untuk kekal kuat dan memendam emosi oleh kerana stigma. Namun, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Lantas, dengan adanya pilihan seperti EXOMIND, lelaki kini mempunyai lebih ruang dan sokongan untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Bukan Sekadar Rawatan Mental Illness

kesihatan mental

Pada asasnya EXOMIND merawat masalah kesihatan mental, namun hasilnya lebih daripada itu. Rawatan estetik dan kesejahteraan selalunya hanya meletakkan kepentingan kepada penampilan fizikal dan terlepas pandang kepentingan kesejahteraan psikologi. Namun, EXOMIND yang berdaftar dibawah Medical Device Act (MDA), merawat kemurungan, anxiety, kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan gangguan pemakanan (binge-eating disorder). EXOMIND turut berupaya merawat tekanan kronik dan juga kualiti tidur rendah. Kesemuanya bergabung dan menghasilkan rawatan holistik yang bukan sahaja menangani masalah mental tapi juga kesejahteraan fizikal.

Teknologi dan Sains Di Sebalik Rawatan

kesihatan mental

Rawatan EXOMIND berjalan dengan rangsangan saraf tidak invasif, menggunakan teknologi elektromagnetik terkini, ExoTMS. Inovasi ini terbina di kejayaan Transcranial Magnetic Stimulation (TMS), sebuah kaedah yang terbukti berfungsi untuk mempertingkatkan kesejahteraan otak dan mengatasi masalah kesihatan mental. ExoTMS memajukan lagi kaedah rawatan ini dengan menambah inovasi yang mementingkan keselesaan pesakit dan hasil terapeutik. Oleh kerana sifat EXOMIND yang tidak invasif dan bebas dadah, para jejaka yang risau akan stigma rawatan kesihatan mental, boleh menjalani rawatan ini dengan lebih selesa.

Hasil dari penyelidikan klinikal mencadangkan pemulihan ketara ke atas kesejahteraan mental dan kawalan kendiri:

  • 88% pesakit melaporkan peningkatan dalam kesejahteraan mental
  • 78% berasa kurang tertekan dan 77% mengalami mood dan tenaga yang lebih baik
  • 75% pesakit meningkatkan kawalan diri terhadap keinginan makanan
  • Pesakit yang ingin menurunkan berat badan secara purata kehilangan 2.3 kg sebulan selepas sesi terakhir mereka dengan mengurangkan simptom keinginan makanan mereka, tanpa campur tangan fizikal badan.
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down