
Iklim panas negara kita merengsa. Konteks panas dan lembap di kebanyakan negara Asia Tenggara terkadang membuatkan kita mengabaikan kesihatan kulit kepala. Apalagi lelaki masa kini, yang sememangnya mementingkan peranan rambut sebagai aspek kritikal dalam membentuk penampilan atau imej kendiri. Munculnya rangkaian syampu Vichy Dercos yang hadir dengan misi untuk penjagaan rambut serta kepala, menerusi pendekatan sains dan kejituan klinikal!
Kepanasan atau kesuaman iklim di negara kita meninggikan kelembapan, merangsang sebum berlebihan dan membuatkan persekitaran mempercepatkan pertumbuhan kulat. Hal ini menjadi punca utama kelemumur, keguguran rambut, kulit kepada ber,mimnyak, iritasi atau kegatalan dan sensitiviti. Lantas, permintaan terhadap penyelasaian yang lebih khusus dan berkesan meningkat. Terutama sekali, produk yang mampu memulihkan kulit kepala untuk kesihatan jangka masa panjang.
Vichy Dercos diperkenalkan dengan mengutamakan kulit kepala, memfokus sepenuhnya kepada permasalahan dan ia bukan hanya sekadarkan rawatan kosmetik. Formulasi direka teliti untuk memulihkan kesihatan kulit kepala dan pada masa yang sama, memguatkan akar rambut dan menyokong pertumbuhan rambut lebih sihat.

Ciri utama rangkaian syampu Vichy Dercos adalah formulasi hipoalergenik yang serasi untuk kulit kepala yang sensitf, penggunaan bahan aktif bertaraf dermatologi dan ujian klinikal yang membuktikan keberkesanan produk. Produk-produknya juga selamat untuk digunakan hari-hari tanpa menjejaskan prestasi rawatan. Vichy Dercos memberi perhatian sepenuhnya kepada bahan-bahan yang berasaskan sains, seiringan dengan tuntutan kemahuan pengguna masa kini yang semakin peka.
Dua rangkaian utama diperkenalkan yakni Anti-Dandruff dan Anti-Hair Loss yang direka khas untuk mengatasi masalah kulit kepala secara menyeluruh. Pelancaran ini dijangka mengubah persepsi pengguna terhadap penjagaan rambut, menegaskan bahawa kulit kepala perlu diberi perhatian yang sama dengan penjagaan kulit wajah, bermula dariapda asas untuk hasil yang sihat serta berkekalan.
Syampu Anti-Kelemumur Vichy Decros DS
Formulasi Teknologi Triple Action untuk menghapuskan kelemumur serta menyeimbangkan semula mikrobiom kulit kepala. Ia dikuasakan oleh Selenium Disulfide sebagai rawatan utama, Asid Salislik untuk membuang sebum berlebihan dan Vitamin E untuk menenangkan kulit kepala.
Pakar dermoatologi mengesyorkan penggunaan tiga kali seminggu selama empat minggu, diikuti seminggu sekali untuk menghindari kambuh semula. Secara rignkasnya, Vichy Dercos turut menawarkan penyelesaian untuk masalah rambut kering, merawat kulit kepala sensitif dengan formula bebas sulfat, syampu 2-dalam-1 yang mudah untuk menghidrasi dan perapi dermatologikal yang mengandungi Asid Hyaluronik untuk melembutkan rambut.
Vichy Dercos Energy+ Tangani Keguguran Rambut
Masalah nombor satu lelaki adalah keguguran rambut yang merupakan isu kompleks. Kerana factor genetik, persekitaran dan barangkali gaya hidup yang melemahkan akar rambut. Rangkaian Vichy Dercos+ menampilkan penyeleasaian ini secara klinikal.
Syampu Stimulation Energy+ berfungsik untuk menyahtoksik rambut dari bahagian akar, memberikan volume dan meningkatkan jisim rambut sebanyak 19%. Ia diperkaya oleh Aminexil untuk mengelakkan pengerasan kolagen oada folikel, serta Niasinamida, Vitamin B6 dan Provitamin B5 yang berfungsi untuk menghidrasi, malah menguatkan rambut.
Serum Booster Aminexil R.E.G.E.N bertindak sebagai rawatan intensif tanpa bilas dengan kompleks Aminexil Longevity yang menggalakkan pertumbugan sehingga 14,000 lebih rambut dalam masa 12 minggu. Serum ini mengandungi ekstrak halia dan niasinamida yang memberi sasaran kepada punca keguguran terus dari akar. Rutin lime ke tujuh kali seminggu memastikan rambut lebih hebat, kuat dan sihat.