LANGGAN

HP Elevate 2026: Masa Depan Kerja Berkuasa AI

Mengubah cara kerja dan gaya hidup masyarakat melalui teknologi.
Published: June 16, 2026

Dunia hari ini menyaksikan sempadan antara kerja, kreativiti dan teknologi semakin berhubung. HP Malaysia tampil dengan acara HP Elevate 2026 untuk menyampaikan satu mesej jelas yang sama yakni masa depan kerja bukan lagi sekadar digital, ia lebih pintar, adaptif dan sangat peribadi.

Daripada Eksperimen Ke Teknologi AI

Perubahan paling ketara yang dibawa HP adalah peralihan besar dalam cara organisasi menggunakan AI. Jika sebelum ini AI hanya sekadar eksperimen atau prototaip, kini ia mula menjadi tulang belakang operasi harian.

HP menegaskan visi For Your Best Work. Satu falsafah yang melihat teknologi sebagai ruang yang menghilangkan gangguan dan masalah kerja bukan menambah kompleksiti. Dengan dunia kerja dan teknologi moden yang serba pantas ini bukan lagi kemewahan, tetapi keperluan yang diperkenalkan HP.

Menurut kepimpinan HP Malaysia, organisasi kini bergerak ke fasa real-world execution. Di sinilah AI menjadi alat akan kerja digital yang membantu membuat keputusan lebih pantas dan tepat.

HP IQ Menjadi Satu Ekosistem Untuk Semua Peranti

Sorotan utama acara ini ialah pengenalan HP IQ, sebuah ekosistem AI yang menghubungkan peranti, sistem kerja dan pengalaman pengguna dalam satu rangkaian pintar.

Ia bukan hanya ciri baharu dalam komputer riba, tetapi satu pendekatan baharu. AI yang berjalan memenuhi setiap gajet dan peranti akan memahami konteks pengguna dan mengurangkan geseran dalam aliran kerja harian.

Dengan integrasi ke dalam HP Workforce Experience Platform, HP IQ membolehkan organisasi melihat prestasi peranti, mengesan masalah lebih awal dan bahkan mengautomasi penyelesaian sebelum ia menjadi gangguan. Dalam bahasa mudahnya, kurang masalah teknikal dan lebih masa untuk kerja sebenar dilakukan.

AI PC Sebagai Keperluan Produktiviti

HP juga memperkenalkan barisan peranti baharu yang direka dengan AI. Di sini prestasi peranti akan diukur pada kelajuan dan kecerdasan.

Antara yang paling menonjol:

HP EliteBook X Flip G2i Next Gen AI PC
Direka untuk mobiliti maksimum, ia menggabungkan fleksibiliti, keselamatan dan kuasa AI dalam satu bentuk elegan.

HP EliteBook X G2i Next Gen AI PC
Untuk profesional yang mahukan prestasi premium tanpa kompromi. Ia datang dengan reka bentuk ringan dan fokus kepada produktiviti moden.

HP EliteBoard G1a Next Gen AI PC
Sebuah interpretasi semula desktop. Lebih minimalis, jimat ruang, tetapi masih cukup berkuasa untuk tugasan berat.

HP OmniBook Ultra 14 Next Gen AI PC
Untuk generasi kreatif yang bekerja di mana sahaja. Ia menggabungkan mobiliti dan pengalaman AI yang lebih intuitif.

Di sisi hiburan dan gaming pula, HyperX OMEN 15 Gaming Laptop PC membawa pengalaman permainan ke tahap lebih interaktif. Segalanya dengan pengoptimuman AI dan grafik generasi baharu.

Kuasa Tanpa Had Untuk Pencipta dan Jurutera

Dalam dunia profesional yang lebih berat, HP tidak melupakan kelompok pencipta, jurutera dan pembangun sistem.

HP ZBook X G2i 16 Mobile Workstation PC dan HP Z8 Fury G6i Workstation Desktop PC direka untuk beban kerja ekstrem. Bermula daripada simulasi kompleks, rendering 3D hingga pembangunan AI berskala besar.

Ini bukan sekadar mesin kerja. Ia adalah studio, makmal dan pusat inovasi dalam satu bentuk fizikal.

Masa Depan Kerja Yang Lebih Senyap, Lebih Pintar

Apa yang HP cuba gambarkan bukan sekadar evolusi teknologi, tetapi perubahan gaya hidup kerja itu sendiri. Dengan AI yang semakin terintegrasi dalam peranti, kerja tidak lagi terasa seperti beban sistem tetapi aliran yang lebih lancar, intuitif dan hampir tidak kelihatan. HP jelas mahu berada di tengah-tengah perubahan itu tidak sebagai pembuat peranti semata-mata, tetapi sebagai arkitek pengalaman kerja masa depan.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down