LANGGAN

Sorotan Acara Samsung Galaxy Unpacked 2026

Samsung perkukuh ekosistem AI dengan barisan keluaran terkini.
Published: July 30, 2026

Samsung memperlihatkan hala tuju baharu bagi portfolio peranti premiumnya menerusi acara Galaxy Unpacked 2026 minggu lalu. Selain memperkenalkan generasi kelapan telefon boleh lipat Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, syarikat itu turut melancarkan siri Galaxy Watch. Ini memperluaskan keupayaan Galaxy AI serta berkongsi perkembangan cermin mata pintar yang dijangka tiba pada musim luruh tahun ini. Keseluruhannya, pelancaran ini membuktikan strategi Samsung untuk memperkukuh ekosistem premium yang saling berhubung.


Galaxy Z Fold 8 Jadi Taruhan Baharu

Sorotan utama acara ialah pengenalan Galaxy Z Fold 8. Sebuah model baharu dengan rekaan menyerupai pasport yang direka khusus bagi pengalaman tontonan kandungan menegak seperti video pendek. Pada masa sama, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Z Fold 8 Ultra sebagai model paling premium. Selain itu Galaxy Z Flip 8 dinaik taraf sederhana daripada segi spesifikasi tanpa kemunculan semula model Flip FE.

Galaxy Z Fold 8 berada di bawah Fold 8 Ultra. Walaupun lebih mampu dimiliki dalam kategori premium, Samsung masih berdepan cabaran untuk meyakinkan pengguna bahawa kedua-dua model menawarkan pengalaman yang berbeza. Berbanding Fold 8 Ultra, Fold 8 menggunakan kamera utama yang lebih kecil. Ia juga tiada lensa telefoto khusus serta bateri sedikit lebih kecil, namun tampil dengan nisbah skrin yang dioptimumkan bagi penggunaan harian.

Samsung turut dilihat mengekalkan siri Fold sebagai produk utama dalam kategori telefon boleh lipat. Sekiranya Apple benar-benar memperkenalkan telefon lipat dalam masa terdekat seperti yang diperkatakan, Samsung berpotensi mendapat manfaat daripada peningkatan minat pengguna terhadap kategori ini.

Galaxy Watch Fokus Segmen Premium

Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch 9 dan Galaxy Watch Ultra 2. Kedua-duanya kini dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite buat kali pertama. Kedua-dua jam pintar ini turut memberi penekanan terhadap pemantauan kesihatan lebih menyeluruh menerusi panduan berasaskan AI. Ini termasuklah analisis tidur, aktiviti fizikal, kesihatan jantung serta proses pemulihan tubuh.

Galaxy Watch Ultra 2 menyasarkan pengguna aktif dengan sokongan aktiviti lasak seperti larian denai dan selaman. Manakala Watch 9 kekal sebagai pilihan serba boleh untuk kegunaan harian. Samsung juga bekerjasama dengan Strava dan iFIT menerusi langganan percubaan bagi memperkukuh kredibiliti dalam kalangan komuniti kecergasan.

Strategi ini mencerminkan usaha Samsung untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam segmen jam pintar premium. Dalam masa sama, sekali gus mengelakkan persaingan harga dengan pengeluar peranti mampu milik.

Cermin Mata Pintar AI Semakin Diketengahkan

Samsung turut berkongsi perkembangan mengenai cermin mata pintar yang dibangunkan bersama Google. Selain menjalin kerjasama reka bentuk dengan Gentle Monster dan Warby Parker untuk menyempurnakannnya lagi. Antara ciri yang dipertontonkan termasuk ringkasan mesej, terjemahan masa nyata, navigasi serta rakaman nota, semuanya dipacu oleh Google Gemini.

Apabila dilancarkan kelak, cermin mata pintar Samsung dikatakan bakal memasuki pasaran yang semakin kompetitif. Ia turut didominasi oleh Meta. Selanjutnya, persaingan antara Samsung, Google dan Meta dijangka mempercepatkan inovasi dalam aspek kecerdasan buatan, reka bentuk serta pengalaman penggunaan.

Ekosistem Jadi Keutamaan

Bukan hanya sebagai acara yang melancarkan peranti baharu, Galaxy Unpacked 2026 memperlihatkan fokus Samsung terhadap pembinaan ekosistem yang saling berhubung. Telefon pintar, Galaxy Watch, Galaxy Ring, fon telinga dan cermin mata pintar dijangka berfungsi sebagai satu pengalaman menyeluruh, dengan Galaxy Watch berpotensi menjadi paparan kedua bagi peranti tanpa skrin.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa Samsung sedang bersaing daripada segi spesifikasi perkakasandan turut memberi penekanan terhadap integrasi AI. Selain itu, menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dalam ekosistem premiumnya.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down