LANGGAN

Jenama evian® Rai Ulang Tahun Ke-200

Majlis disambut dengan memperkenalkan koleksi istimewa bersama Jeff Koons dan pengalaman santapan bertaraf Michelin.
Published: August 18, 2026

Dua abad warisan, ketulenan dan ketukangan jenama minuman evian® diraikan. Satu sambutan ulang tahun ke-200 dengan tema '200 Years Young' telah diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah acara rasmi yang mengangkat falsafah 'Live Young' sebagai cerminan kepada semangat ingin tahu, kreativiti dan keterbukaan tanpa mengira usia.

Bersempena detik istimewa ini juga, jenama air mineral semula jadi Perancis ini turut mahu mempertemukan dunia seni kontemporari dan gastronomi. Ia dilakukan menerusi kolaborasi bersama artis antarabangsa terkenal, Jeff Koons. Hasil kerjasama ini diterjemahkan menerusi koleksi evian® × Jeff Koons Limited Edition. Sebuah koleksi botol edisi terhad yang diperkenalkan secara eksklusif di Malaysia.

Pelancarannya dimeriahkan lagi menerusi pengalaman santapan Six Hands Michelin Dining Experience yang berlangsung di As I Am by Chef Ton. Ia telah berjaya menghimpunkan kepakaran tiga chef dalam sebuah pengalaman gastronomi yang dirangka khusus untuk acara tersebut sahaja. Majlis makan malam tertutup ini menjadi pentas rasmi pengenalan koleksi berkenaan di Malaysia, sebelum diteruskan sepanjang September di 20 restoran terpilih seluruh negara.

Apa yang menjadikan koleksi ini lebih istimewa merupakan ketersediaannya yang terhad. Botol edisi kolektor ini hanya boleh dinikmati di restoran-restoran yang mengambil bahagian dan tidak ditawarkan menerusi saluran runcit. Hal ini menjadikannya satu pengalaman eksklusif buat pengunjung yang berpeluang mendapatkannya.

Pertemuan Seni dan Warisan

Bagi memperingati ulang tahun ke-200, evian® bergandingan dengan Jeff Koons, antara nama paling berpengaruh dalam seni kontemporari dunia. Dikenali menerusi karya-karya yang menggabungkan budaya popular, imaginasi dan permainan visual. Koons memilih karya ikoniknya, Balloon Dog sebagai elemen utama dalam kolaborasi ini.

Balloon Dog yang sinonim dengan pendekatan artistik Koons diterjemahkan kepada hiasan dua botol kaca edisi terhad. Setiap satunya dalam rona merah jambu lembut dan botol sparkling dalam rona biru terang. Reka bentuknya menampilkan interpretasi Koons terhadap arca tersebut. Sekali gus membawa elemen keceriaan, optimisme dan sifat ingin tahu ke dalam identiti evian®.

Kolaborasi ini telah mengangkat gagasan bahawa usia bukan ukuran mutlak kepada kreativiti. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan cara seseorang mengeksplorasi dunia, sentiasa terbuka kepada ilmu baharu, berani berimaginasi dan terus mencari kelebihan diri.

Menurut Jeff Koons, mesej mengenai sifat muda yang dibawa evian® mempunyai tarikan tersendiri buat dirinya. Balloon Dog dipilih kerana karya tersebut mencerminkan elemen perayaan, ceria, rasa ingin tahu serta kegembiraan dalam proses mencipta sesuatu karya.

Eksklusif di 20 Restoran

Selepas pelancaran rasminya, evian® × Jeff Koons Limited Edition akan menjadi sebahagian menu di 20 restoran terpilih di Malaysia sepanjang September. Para tetamu berpeluang menikmati koleksi tersebut dengan suasana gastronomi yang lebih intim, menjadikannya sebahagian daripada pengalaman bersantap. Pendekatan ini turut memperkukuh hubungan evian® dengan dunia kulinari. Dalam masa sama, masih mementingkan air mineral semula jadi sebagai sebahagian daripada kepentingan di meja makan yang berteraskan rasa.

Dengan jumlah terhad dan hanya tersedia di restoran terpilih, koleksi ini merupakan salah satu cara evian® memperingati dua abad perjalanannya. Tidak mahu melupakan masa lalu di mana jenama mereka bermula, mereka tekad mahu meraikan semangat untuk terus berkembang dan kekal relevan.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down