LANGGAN

Simbol Ke Semburan, YSL Coeur Adalah Kemestian Lelaki

Wangian uniseks yang meninggalkan impak!
Published: August 19, 2026
coeur

Secekut kucupan semburan berbekas. Sejujurnya, wanigan YSL Coeur begitu utuh meninggalkan kesan bau yang wanginya semerbak, lantas mengekspresikan siapa diri anda. Kami sudah mencubanya, tiba masa untuk anda pula untuk menjadikan YSL Coeur sebagai wangian ‘mesti ada’ musim ini!

Bertolak daripada sesi intimate di The Ruma Hotel bersama YSL Beauty, penerokaan wangian YSL Coeur benar-benar membangkitkan antisipasi. Dua tiga semburan secukupnya menaklukkan ruang, apalagi bila baunya mendakap elok pada tubuh. Intensiti pada wangian tersebut mencerminkan identiti si pemakai. Jika mahu menjelaskan baunya dengan kalimat… baunya sedikit ‘pedas’ dengan kesempurnaan aura amber. 

Membalik-balikkan buku visual Saint Laurent ketika sesi intimate tersebut memandu keingintahuan yang tinggi pabila terbaca bab tangkal atau azimat yang membawa tuah yakni batu pertama fétiche Coeur. Batu permata berupa hati yang tercipta pada tahun 1961 ini membuahkan ilham buat Saint Laurent untuk menjadikan ia sandaran buat haruman Coeur. Berangkat daripada perihal itu, tangkal atau azimat ini ditafsirkan semula sebagai wangian ambery spicy yang menghubungkan cetusan tenaga aldehid dengan amber merah moden. 

coeur

Fesyen dan dunia olfaktori merenda perspektif holistik. Wangian Coueur oleh Le Vestiaire des Parfums laksana simbol ikonik dalam sejarah Yves Saint LaurentPerfumer Daniela Andrier menghasilkan Coeur yang menemukan dua hal bertentangan namun cohesive. Di antara kelembutan dan kekuatan, yakni kontras yang seturut dengan sofistikasi. 

Baunya berkepanjangan umpama tidak bertanggal waktu. Daya ketahanannya dijangka selama 8 ke 12 jam, cenderung ke arah bau yang dikira unisex dan ada nilai kemewahan distingtif. Understated but luxurious, to be precised. 

Pancaran ambery-spicy YSL Coeur yang menggabungkan aldehid ini memiliki teras orris butter daripada Iris pallida yang mengeluarkan aura seakan-akan raspberi, violet dan lada hitam. Bagi mengutuhkan baunya, YSL Beauty malah berinovasi dengan penghasilan Ourika Lavender Scent Trek™yang diperoleh dari taman puspa komuniti di Maghribi, bagi memperkayakan lagi wanigan ini. The menthol serta daun taim menyempurnakan kesegaran rasa pabila disembur.

Bagi menyudahkan baunya, wanigan Coeur turut dilengkapi kay cedar Virgina, bersama cistus dan nilam Indonesia untuk menyerlahkan aroma bersifatkan kayuan. Sejujurnya, YSL Coeur sememangnya mencerminkan identity Yves Saint Laurent. 

coeur

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down