
Buana Anaabu adalah tentang keperlahanan rasa yang mengumpul segala hayatan menerusi seni pakaiannya. Kendatipun pakaian Anaabu serasa ‘membungkam’, pecahan gaya serta perhitungannya melahirkan perkataan yang bernada daripada pencinta-pencinta jenamanya. Apa yang beredar adalah melewati siluet, butiran, rangka atau struktur pakaian serta pencorakan gayanya.
Lantas, seni pakaian Anaabu diumpamakan satu alegori yang mengatasi kemungkinan. Ia melihat pakaian bukan sekadarkan cuma pakaian, namun ada hubungan dengan budaya dan gagasan yang bertemu dengan visi distingtif. Kekuatan mesej ini lahir daripada ilham menyalin semula sejarah dan kepraktisan yang bertunas daripada pakaian yang tercipta daripada proses tradisional atau manual. Simpulan, draping, layering dan perincian tali cerut yang diketengahkan menerusi tafsiran proses pembuatan pakaian secara tradisional dalam dukungan kontemporari.

Semua ini terjelma dalam himpunan kolaborasi Anaabu dan Club21 Malaysia, yang membingkaikan pelanjutan himpunan Mono – memperkenalkan ANAABU™ x CLUB21 MONOˣ, ‘In A Gradient Of Change’.
Dalam mewacanakan lagi himpunan kolaborasi ini, gagasan koheren Anaabu x Club21 MONOˣ malah berpanjangan ke rona monokromatik, tekstur sentuhan serta bentuk-bentuk geometri. Antara line-up utama Anaabu x Club21 MONOˣ adalah The Asymmetrical Vest, The Drop Culottes, The Asymmetrical Batwing Top dan The Dress. Kesemua ceraian ini memainkan peranan penting dalam menjalin estetika understated dominance, yang mendukung kuat inti makna Anaabu x Club21 MONOˣ.

Palitan ceritera keseluruhan himpunan ini digarap dalam acara istimewa yang mendekatkan audiens dengan setiap rekaan. Sebuah installation gandingan tenaga dengan Nothing Headphone (a) turut dibangunkan untuk menceterakan secara jelas himpunan kolaborasi tersebut dan ia merupakan sebahagian daripada pengalaman pancaindera komprehensif.
Malah, kolaborasi julung kali ini memperlihatkan sekali rekaan khas seperti Jacket Shawl, Boxy Tee serta Skants yang meneguhkan iltizam Club21 dalam menjadi fragmen naratif Anaabu x Club21 MONOˣ. Ia juga adalah taburan tanggungjawab Club21 untuk menjunjung tinggi bakat kreatif lokal, serta menyediakan platform buat jenama-jenama Malaysia agar terus berevolusi.

ANAABU™ x CLUB21 MONOx akan diperkenalkan buat pertama kalinya di CLUB21 LAB, Shoppes at Four Seasons Place,