LANGGAN

PAUL x evian® Lounge di Pavilion Kuala Lumpur Rasmi Dibuka

Menawarkan tiga pengalaman santapan ala Perancis, daripada sarapan hingga minum petang, dipadankan dengan evian® Still dan Sparkling bermula September hingga Disember 2026.
Published: September 22, 2026

Dua nama yang sinonim dengan warisan Perancis, PAUL dan evian®, kini bergabung di Pavilion Kuala Lumpur untuk memperkenalkan konsep PAUL x evian® Lounge. Ia sebuah ruang yang meraikan santapan dan hospitaliti Perancis sepanjang hari dalam suasana eksklusif yang direka khas.

Membawakan warisan kulinari PAUL bersama air mineral semula jadi evian®, kolaborasi ini menawarkan pengalaman bersantap seiring kehidupan harian masyarakat Perancis. Lebih menarik lagi, PAUL Malaysia yang rasmi telah mendapat pensijilan halal, memberi keyakinan kepada tetamu Muslim untuk ke sana.

Penawaran menu yang berlangsung dari pertengahan September hingga 31 Disember 2026, PAUL x evian® Lounge menawarkan tiga pengalaman berbeza. Bermula daripada sarapan pagi, makan tengah hari hinggalah tradisi minum petang le goûter. Segalanya dengan setiap menu disusun khusus mengikut waktu tertentu sepanjang hari.

Satu Ruang Santai, Tiga Pengalaman Istimewa

Le Petit-Déjeuner — Sarapan Perancis | RM38

Mulakan pagi dengan sarapan gaya Perancis dengan pilihan bakeri istimewa PAUL serta hidangan klasik yang menyelerakan. Pengalaman ini turut dilengkapi pilihan minuman, termasuk air mineral semula jadi evian® Still dan Sparkling atau jus.

Le Déjeuner — Makan Tengah Hari Perancis | RM58

Untuk waktu tengah hari, tetamu boleh menikmati hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Ia lengkap menampilkan sajian kegemaran Perancis daripada PAUL. Selain itu, turut tersedia pilihan yang lebih ringan. Air mineral semula jadi evian® Still atau Sparkling masih tersedia sebagai sebahagian daripada pilihan minuman.

Le Goûter — Set Minum Petang Le Classique untuk Dua Orang | RM108

Mengambil inspirasi daripada tradisi Perancis le goûter, set minum petang ini menampilkan pilihan sajian mini manis dan masin PAUL yang dibuat khas. Ia juga dipadankan bersama pilihan minuman termasuk air mineral semula jadi evian® Still dan Sparkling. Ia tersedia setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Daripada sarapan pagi yang santai kepada makan tengah hari, sebelum beralih kepada waktu minum petang yang lebih terhad masanya. PAUL x evian® Lounge direka sebagai lokasi untuk menikmati cita rasa Perancis sepanjang hari.

Perkongsian Art de Vivre Perancis

Kolaborasi ini menyatukan dua jenama Perancis yang berkongsi fokus terhadap kualiti, warisan dan seni menikmati detik-detik kecil dalam kehidupan seharian. Diasaskan di Perancis pada tahun 1889, PAUL telah mengekalkan tradisi pembuatan bakeri Perancis, ketukangan berkualiti dan art de vivre Perancis selama lima generasi. Sejak berada di Malaysia pada tahun 2017, PAUL terus memperkenalkan warisan bakeri dan kafe Perancis kepada tetamu tempatan menerusi cita rasa serta layanan mesra.

Bagi evian®, hubungan dengan Perancis pula berakar lebih 200 tahun. Berasal dari Pergunungan Alps Perancis, air mineral semula jadinya melalui proses penapisan semula jadi merentasi lapisan batuan glasier selama lebih 15 tahun sebelum muncul di sumbernya di Évian-les-Bains. Dalam meraikan ulang tahun 200 Years Young, evian® terus menzahirkan warisan Perancisnya menerusi pengalaman kontemporari yang merentasi budaya, kreativiti dan reka bentuk.

Di PAUL x evian® Lounge, perkongsian warisan ini diterjemahkan menerusi pengalaman santapan yang menyeluruh. Daripada sajian dan suasana sehinggalah kepada minuman yang dihidangkan di meja. Kolaborasi ini menawarkan cara kontemporari untuk menikmati art de vivre Perancis di tengah-tengah Kuala Lumpur

Bagi evian®, kolaborasi ini turut mencerminkan hubungan erat jenama tersebut dengan budaya Perancis. Selain itu menjelaskan kepercayaan bahawa air memainkan peranan penting dalam melengkapi kenikmatan makanan dan keseluruhan pengalaman bersantap.

Nikmati Pengalaman PAUL x evian® Lounge

PAUL x evian® Lounge kini dibuka di PAUL, Pavilion Kuala Lumpur dan akan dibuka sehingga 31 Disember 2026. Para tetamu boleh menikmati tiga pengalaman yang ditawarkan—Le Petit-Déjeuner untuk sarapan, Le Déjeuner untuk makan tengah hari dan Le Goûter untuk minum petang. Selanjutnya, turut tersedia menu lain pada waktu berbeza sepanjang hari. Pilihan air mineral semula jadi evian® Still dan Sparkling sudah tentunya melengkapkan setiap pengalaman. Ia mengangkat santapan Perancis dengan sentuhan yang lebih lazat dan kontemporari.

Topics: ,
Share this article:
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down