LANGGAN

Sisleÿum Protective Shaving Care Baharu

Untuk cukuran lebih selesa dan kulit wajah lebih terjaga.
Published: October 5, 2026

Keperluan mencukur menjadi sebahagian daripada rutin harian sesetengah lelaki. Ia memerlukan lebih daripada sekadar sapuan rata krim pencukur ke kulit wajah sebelum bilah pencukur digunakan. Dengan memahami keperluan kulit lelaki sepanjang proses mencukur tersebut, Sisley memperkenalkan Sisleÿum Protective Shaving Care, formulasi 3-dalam-1 yang direka khusus untuk prepares, protects dan preserves kulit pemakainya dalam satu rutin mencukur harian.

PREPARES: Sebelum bilah pencukur menyentuh kulit, formulanya membantu menyediakan bulu wajah untuk cukuran yang lebih lancar. Tekstur krim yang kaya berubah menjadi lather yang lembut dan berkrim, menyelaputi serta melembutkan bulu wajah supaya razor dapat meluncur cukuran dengan lebih mudah. Hasilnya, cukuran terasa lebih selesa dan tepat.

PROTECTS: Ketika proses mencukur berlangsung, kulit berdepan geseran dan sentuhan berulang daripada bilah pencukur. Sisley melengkapkan formulanya dengan Phyt’active eksklusif yang menggabungkan ekstrak Kinkeliba dan Sage untuk membantu menenangkan pori kulit wajah, mengurangkan kemerahan serta membersihkan kekotoran. Ia turut membantu meminimumkan rasa tidak selesa yang sering dirasai selepas bercukur.

PRESERVES: Selepas cukuran selesai, perhatian beralih kepada mengekalkan keadaan kulit. Gabungan Shea Butter, Allantoin dan Glycerin membantu menyokong penghalang kulit sambil mengekalkan kelembapan wajah. Kulit akan terasa lebih lembut, anjal dan terhidrat tanpa rasa tegang atau kering.

Melengkapkan keseluruhan pengalaman ialah aroma hangat berinspirasikan kayu dan amber dengan sentuhan essential oils daripada Marjoram, Rosemary dan Sage. Wangian ini menjadikan rutin mencukur terasa lebih refined, mengubah satu keperluan harian kepada ritual grooming yang lebih menyeluruh.

Daripada menyediakan kulit dan bulu wajah selepas bercukur dan melindunginya ketika bercukur itu sendiri, Sisleÿum Protective Shaving Care merumuskan pengalaman mencukur dalam tiga langkah mudah yakni untuk PREPARES. PROTECTS. PRESERVES.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down