
Dari Paris ke New York hingga ke pantai Rio, selamat datang ke Kilian Bar. KILIAN PARIS memperkenalkan koleksi The Cocktails yang dicipta untuk menghidupkan suasana parti, merakam setiap detik daripada hangatnya cahaya petang hingga senja di atas bumbung dan tenaga tengah malam. Kerana parti bermula sebaik sahaja anda memilih untuk meraikannya.
Menghidupkan dunia imersif Kilian Bar, koleksi wangian baharu yang diinspirasikan daripada seni mixology. Menyertai koleksi The Liquors yang menempatkan wangian ikonik Angels’ Share, trilogi terbaharu ini membuka lembaran seterusnya dan menjadi ekspresi alam semesta Kilian Bar.
Berakar umbi daripada warisan pengasas merangkap Pengarah Kreatif, Kilian Hennessy dalam dunia minuman eksklusif, The Cocktails membawa visi tersebut selangkah lebih jauh. Menghubungkan dunia wangian dan mixology, koleksi ini merakam kreativiti, ketelitian seni pembuatan serta kompleksiti sensori koktel ikonik. Lalu menerjemahkan karakter setiap satunya ke dalam bentuk haruman. Menerusi The Cocktails, KILIAN PARIS melengkapkan visi asal Kilian Bar. Sebuah ruang yang mempertemukan budaya minuman dan seni minyak wangi menerusi komposisi olfaktori yang inovatif.

Diinspirasikan oleh Kir Royal, Sparkling Royal membuka tirai perayaan sebagai aperitif Paris yang sempurna. Seperti koktel yang menjadi inspirasinya, wangian ini mengimbangi elemen berkilauan dengan keanggunan. Ia dibuka dengan kesegaran pudina Maghribi dan sentuhan sitrus lemon dari Itali. Sebelum berkembang kepada nota hati yang sofistikated menerusi accord anggur liar dan mawar Bulgaria. Kacang tonka panggang dari Brazil serta musk lembut melengkapkan komposisi. Lalu meninggalkan jejak haruman yang bercahaya, elegan dan effortlessly chic.

Diinspirasikan oleh Piña Colada, Piña Paraíso pula membawa suasana daripada petang menuju matahari terbenam. Wangian ini mengabadikan pengalaman percutian di pantai Copacabana yang bermandikan cahaya matahari, di mana kesegaran bertemu kemewahan. Nota nanas keemasan yang dipadankan dengan pati rum membuka haruman. Sebelum menampilkan nota hati berkrim yang menggabungkan kelapa tropika dan accord frangipani bersifat solar. Asas hangat yang terdiri daripada vanila bourbon dari Madagascar dan kacang tonka dari Brazil kekal lama di kulit, bersinar seindah panorama matahari terbenam di destinasi tropika.

Midnight Espresso diinspirasi oleh Espresso Martini yang mengambil alih saat malam menjelma dan ritma semakin rancak. Menghidupkan suasana selepas makan malam di sebuah kelab jaz di New York, wangian ini dibuka dengan kopi Arabica intensif yang dipadukan dengan pati rum, menghasilkan impak tajam seperti tegukan pertama. Nota hati yang kaya menerusi accord coklat gelap dan hazelnut panggang memberikan kedalaman. Sementara vanila bourbon dari Madagascar dan benzoin Siam mencipta jejak yang lembut, sensual dan kekal hingga jauh ke malam.
Wangian The Cocktails tersedia dalam saiz 75ml pada harga RM835. Boleh didapati di butik Escentials serta secara dalam talian di escentials.my.