LANGGAN

The Mineraw, Jenama Penampilan Diri Lokal Buat Kemunculan Kembali

Selepas menyepi seketika, jenama penjagaan kulit tempatan, The Mineraw, kembali mencuri perhatian.
Published: June 4, 2025

Selepas menyepi seketika, jenama penjagaan kulit tempatan, The Mineraw, kembali mencuri perhatian. Pada malam Khamis lalu, berlangsungnya pelancaran semula yang kini membawa nafas baharu dalam konsep kecantikan minimalis. Acara eksklusif ini diadakan di Up & Away, Petaling Street, dalam suasana yang intim dan penuh gaya.

Dihadiri lebih daripada 70 tetamu, termasuk wakil media tempatan, pempengaruh digital serta rakan-rakan jenama, acara bertemakan LIFTED ini menandakan kelahiran semula sebuah label kecantikan bersih yang cukup dekat di hati ramai sejak diasaskan pada tahun 2018.

Kini The Mineraw diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Brandon Porle, dan Ketua Pegawai Kreatif, Samantha Yap, jenama ini tampil dengan rangkaian produk penjagaan diri yang ringkas dan bersih, namun kali ini yang membezakannya adalah mereka tampil dengan fokus baharu iaitu komuniti, kebolehcapaian dan penjagaan diri yang realistik serta inklusif untuk semua.

“Penjagaan kulit tidak seharusnya menjadi eksperimen sains,” ujar Porle dalam ucapan alu-aluannya.
“Ia sepatutnya mudah. Realistik. Dan mampu membuat anda rasa seperti diri anda semula.”

the mineraw

Julia Amin, Inarah Sofia

Porle turut berkongsi bahawa selepas penutupan jenama ini sebelum ini, mereka menerima banyak maklum balas daripada pelanggan setia yang merindui produk-produk The Mineraw. Itu merupakan satu detik yang mengukuhkan ikatan emosi yang mendalam antara pengguna dan falsafah jenama ini.

The Mineraw, Hadir Dengan Tiga Produk Penjagaan Diri

The Glow Serum Face Oil – RM120 (30ml)
Serum berasaskan minyak yang kaya dengan nutrisi ini sesuai untuk semua jenis kulit — termasuk kulit berjerawat. Diperkaya dengan Rosehip Oil, Tea Tree, Jojoba dan Vitamin E, ia membantu menenangkan keradangan dan menguatkan lapisan perlindungan kulit. Hasilnya? Sinaran lembap dan semula jadi yang tahan sepanjang hari.

The Toner Balance – RM65 (100ml)
Toner wajah seimbang ini dirumus khas untuk mengawal pengeluaran minyak, meratakan tona kulit, dan mengecilkan liang pori. Mengandungi Apple Cider Vinegar, Witch Hazel dan Rose Water, ia bebas pewangi dan minyak pati — cukup lembut untuk kulit yang paling sensitif.

The Mineraw Gua Sha Stone – RM80
Interpretasi moden untuk ritual kuno. Diperbuat daripada batu jed semula jadi, Gua Sha dari The Mineraw ini berfungsi untuk mengurangkan sembap, meningkatkan peredaran darah dan memberikan efek ‘lifted glow’ dengan hanya beberapa sapuan penuh niat. Istimewa untuk malam pelancaran, para tetamu menerima batu Gua Sha terukir khas sebagai kenangan eksklusif.

the mineraw

Julia Duclos dan Wais

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down