LANGGAN

10 Lagu Yang Layak Ke Final AJL40

Generasi Selamanya Juara
Published: April 20, 2026

Teka-teki barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 kini terjawab dan menyaksikan 10 buah lagu berjaya ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara AJL40 kali ini.

ajl40

Selepas saingan Separuh Akhir, 10 buah lagu berjaya melangkah lolos ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 untuk memburu trofi berprestij industri muzik Malaysia. Sepanjang dua malam saingan tersebut, setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila barisan artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya.

Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya. Malam separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, serta persembahan istimewa oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah sebagai pembuka pentas malam pertama, diikuti kemunculan Kaka Azraff dan Tuju pada malam kedua.

Berikut ialah senarai 10 lagu yang berjaya ke pentas akhir AJL40:

NO.LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
1.Lumangad Oku Dika Ryenald GuntabidRyenald GuntabidRyenald Guntabid
2.Kamu Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul 
3.Cak Cak Cekuk Wani KayrieKarim Karam, Shane Kennedy, Iqie HughKarim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
4.Ke Mana NiLuca Sickta, Kmy Kmo & SalammusikKmy Kmo, Luca Sickta Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam
5.Tak Adil Aisha RetnoAisha Retno & RadiAisha Retno
6.Tangisan Seorang Pendosa Marsha MilanMarsha MilanHazama
7.Semacam Pandora HazamaHazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia Zel Hadauan
8.Lemah Dayang NurfaizahHael Husaini Hael Husaini 
9.NurcintaAmir Masdi Amir Masdi & Edry Abd. HalimAmir Masdi & Edry Abd. Halim
10.Tiwikarma K.O.IZai Hamzah & Hemo GlobinAchoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam 

Foto: TV3 Malaysia

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down