LANGGAN

Apple AirTag Generasi Baharu Dilancarkan

Jauh lebih pintar dan lebih elegan.
Published: January 27, 2026

Apple sekali lagi mengangkat definisi aksesori pintar harian dengan pelancaran AirTag generasi kedua. Sebuah penjejak minimalis yang kini hadir dengan jarak pengesanan lebih luas dan keupayaan carian yang jauh lebih tepat. Direka untuk gaya hidup moden yang menghargai teknologi berfungsi tinggi tanpa mengorbankan estetika. AirTag baharu ini juga mengukuhkan lagi ekosistem Find My Apple yang sedia canggih.

Dikuasakan oleh cip Ultra Wideband generasi kedua, sama seperti yang digunakan dalam iPhone 17 dan barisan Apple Watch terkini. AirTag baharu menawarkan pengalaman Precision Finding yang lebih tepat.

Pengguna kini boleh menjejaki barangan penting dari jarak yang jauh dengan panduan visual, haptik dan audio yang lebih responsif. Ia lebih cepat berbanding model terdahulu yang diperkenalkan pada 2021. Integrasi cip Bluetooth baharu turut memperluaskan perimeter pengesanan, memastikan lokasi AirTag dapat dikesan dengan lebih cekap. Ia membantu terutamanya di ruang bandar yang sesak mahupun kawasan terpencil.

Dari sudut kebolehgunaan, Apple menambah baik aspek maklum balas fizikal dengan pembesar suara dalaman yang 50 peratus lebih kuat. Ini bermakna AirTag baharu anda boleh didengari walaupun tersembunyi di dalam bagasi, jaket tebal atau upholsteri. Ia lebih aktif dengan jarak dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Penambahbaikan ini menjadikan AirTag bukan sekadar alat penjejak, tetapi penyelesaian praktikal yang benar-benar mesra pengguna.

Kepercayaan Yang Dibina Jenama

Selari dengan komitmen Apple terhadap kelestarian, AirTag generasi baharu dihasilkan menggunakan 85 peratus plastik kitar semula dan 100 peratus saduran emas kitar semula. Daripada segi reka bentuk, ia mengekalkan bentuk bulat ikonik yang ringkas dan sofistikated. Ia sekaligus serasi sepenuhnya dengan rangkaian aksesori FineWoven dan kulit sedia ada. Satu sentuhan penting bagi mereka yang mementingkan gaya peribadi.

AirTag terbaharu ini kini boleh ditempah melalui Apple Web Store dan aplikasi Apple Store. Ia membuktikan bahawa teknologi terbaik ialah yang berfungsi secara senyap, tepat dan sentiasa selari dengan gaya hidup moden. Sentiasa kemas, berfikir ke hadapan dan berkelas.

Artikel lanjut sila layari apple.com di pautan berikut.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down