LANGGAN

BMW Shorties 2025 Umumkan Barisan Pemenang

‘Anak Omputeh’ karya Darwish Syahmi raih Hadiah Utama
Published: December 8, 2025

Dalam dunia sinema dan penghasilan karya anak muda Malaysia yang semakin rancak industrinya, muncul satu nama baharu iaitu Darwish Syahmi. Seorang anak seni berusia 20 tahun dari Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya yang telah mencipta sejarah memenangi Hadiah Utama dan Anugerah Pelajar Terbaik di BMW Shorties edisi ke-19. Pemenang termuda, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarahnya sebelum ini.

Filemnya, Anak Omputeh, bukan sekadar sebuah karya pendek. Ia adalah kapsul memori yang dihasilkan dengan humor, nostalgia dan kerinduan terhadap identiti cerita. Diilhamkan daripada zaman kecilnya sendiri, Darwish membawa penonton menyusuri kisah Lan. Seorang remaja Melayu yang kembali ke kampung halaman ayahnya selepas lima tahun membesar di luar negara. Namun kepulangannya tidak mudah, perbezaan budaya menjadi cerminan besar yang memaksa Lan mendefinisi semula dirinya.

Gabungan momen kesunyian, kelucuan dan detik-detik rawak yang hanya anak rantau faham menjadikan perjalanan Lan tidak sahaja menghiburkan tetapi turut menyentuh hati. Mungkin itulah sebabnya karya ini turut memenangi Anugerah Pilihan Penonton, hasil undian awam yang berlangsung selama beberapa minggu.

“Walaupun kami tidak bercakap bahasa yang sama, kebaikan itu universal.” — Darwish Syahmi

Dalam temu bualnya selepas diumumkan sebagai pemenang, Darwish menyifatkan pengalaman ini sebagai 'luar biasa'. Baginya, Anak Omputeh adalah ruang peribadi untuk mengekspresikan realiti Third Culture Kids. Generasi yang berada di persimpangan budaya, sentiasa asing tetapi tetap mencari tempat untuk berakar.

Sebagai sebahagian daripada kemenangan, Darwish membawa pulang RM50,000 sebagai geran produksi untuk projek seterusnya. Selain itu sebuah OPPO Find X9 Pro hadiah daripada OPPO Malaysia. Simbol permulaan perjalanan kreatif yang lebih besar.

Panel Juri Mengangkat Keaslian Penceritaan Darwish

Deretan juri terkemuka termasuk pengarah tersohor Saw Teong Hin, pelakon dan penulis Fatimah Abu Bakar turut terlibat sama. Selain itu dokumentaris Zan Azlee, pengarah Nadiah Hamzah dan sutradara perintis filem Tamil Malaysia Ts. Dr. Vimala Perumal sepakat bahawa Anak Omputeh menonjol kerana kejujurannya.

Nadiah Hamzah memuji sentuhan lembut Darwish dalam mengolah tema identiti budaya. Saw Teong Hin pula menyifatkan karya ini sebagai ikhlas dan tanpa kepura-puraan sementara Dr. Vimala memuji kegembiraan organik yang terpancar dari setiap babaknya.

Suara Baharu yang Menggerakkan Generasi Kreatif Malaysia

Pencapaian berganda Darwish untuk BMW Shorties bukan hanya kemenangan peribadi dirinya. Ia menjadi bukti bahawa institusi akademik dan komuniti kreatif Malaysia mampu melahirkan bakat bertaraf antarabangsa. Anak Omputeh berdiri teguh pada tema tahun ini, “New Dimensions” menolak batas tradisi melalui humor, keaslian dan keberanian bercerita daripada perspektif baharu.

Darwish, yang sebelum ini menghasilkan Kapak (2023), FORYOU32GODSAVEOURCHILDREN (2023) dan mini dokumentari Kintsugi (2024) kini berada pada fasa penting iaitu melangkah daripada dunia filem pelajar ke pentas yang lebih besar. Matlamatnya jelas yakni untuk menulis dan mengarahkan sebuah filem cereka yang memberi impak pada sinema Malaysia.

Senarai Lengkap Pemenang BMW Shorties 2025

Hadiah Utama
Anak Omputeh — Darwish Syahmi

Anugerah Pilihan Penonton
Anak Omputeh — Darwish Syahmi

Pengarah Terbaik
• Shamalan Nagayai & Wong Zhao Quan — Perfect Family

Pelakon Wanita Terbaik
• Kimberly Chuah — Flat No. 4
• Hana Roanne — tragedy of youth.

Pelakon Lelaki Terbaik
• Dexter Zhen — Perfect Family

Anugerah Pelajar Shorties Terbaik 2025
• Darwish Syahmi — Anak Omputeh

Sinematografi Terbaik
• Vishnu Attiappan — Sayap

Suntingan Terbaik
• Shamalan Nagayai — Perfect Family

Kisah Terbaik
• Wong Zhao Quan — Perfect Family

Adunan Bunyi Terbaik
• Teo Wey Yinn — Sayap

Rekaan Produksi Terbaik
• Khor Chin Joe — Kedai Runcit Jiwa

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down