Apabila berbicara tentang audio mewah serba premium, jenama Devialet memang sukar untuk diketepikan. Terkini jenama dari Perancis ini memperkenalkan sebuah karya estetika bunyi yang menggabungkan prestasi dan kemewahan dalam satu bentuk, Phantom Ultimate.
Direka khas buat penggemar audio yang tidak mahu berkompromi daripada segi kualiti, Phantom Ultimate hadir dengan kuasa luar biasa sehingga 1,100 watt. Ia juga menghasilkan tekanan bunyi setinggi 108dB memadai untuk mengisi ruang besar dengan audio yang jelas dan bertenaga.
Reka bentuk luarnya tidak kurang hebatnya. Dengan kemasan krom yang menyerlah, ia bukan sahaja berfungsi sebagai sistem bunyi, tetapi juga sebagai pernyataan gaya dalam ruang kediaman moden. Dari segi sambungan, ia menyokong pelbagai platform terkini seperti AirPlay 2, Spotify Connect dan Roon Ready. Selain itu turut menyokong Bluetooth 5.3 untuk sambungan pantas dan stabil.
Lebih menarik lagi, ia turut dilengkapi dengan port optikal dan Ethernet. Memberikan lebih fleksibiliti dalam sistem audio rumah anda.
Teknologi dalaman Phantom Ultimate juga berada dalam liga tersendiri. Ia menggunakan sistem ADH® (Analog Digital Hybrid) serta Speaker Active Matching (SAM®) yang membolehkan audio diproses dengan ketepatan tinggi, dari bass paling dalam ke nada vokal paling halus.
Jika anda seorang yang benar-benar menghargai muzik, sekadar mendengar. Namun mahu merasai setiap lapisan bunyi, inilah pembesar suara yang dicipta untuk anda. Ia bukan hanya alat audio, ia menawarkan pengalaman baharu.

Lebih info, terus laman Devialet berikut.