LANGGAN

Dokumentari 'Fire and Water: Making the Avatar Films'

Disney+ bakal menayangkan dokumentari di sebalik tabir keajaiban dunia Pandora.
Published: October 16, 2025

Bersedia untuk menyelami dunia 'Pandora' melalui sudut pandang yang belum pernah dilihat. Disney+ bakal melancarkan dokumentari dua bahagian bertajuk 'Fire and Water: Making the Avatar Films' pada 7 November ini. Ia juga bakal menjadi satu tontonan eksklusif yang membawa peminat ke balik tabir filem blockbuster ciptaan James Cameron.

Dokumentari ini bukan sekadar paparan teknologi canggih atau kesan khas yang memukau. Ia bakal menjadi penghargaan terhadap kerja keras manusia di sebalik penciptaan watak Avatar. Khususnya Avatar: The Way of Water (2022) yang telah memenangi Oscar. Dengan visual menayangkan belakang tabir dan temu bual bersama barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldaña dan Kate Winslet, dokumentari ini menyelami cabaran fizikal beremosi yang ditempuhi. Ini termasuklah latihan menyelam bebas dalam tangki air berteknologi tinggi yang perlu dilalui dengan berkapasiti 680,000 gelen air.

James Cameron memberi penekanan bahawa walaupun filem Avatar terkini bergantung kepada teknologi moden, teras utamanya tetap berakar pada kreativiti dan ekspresi insan. Dia menjelaskan sebanyak mana pun penggunaan komputer, filem mereka tetap lahir daripada pasukan produksi yang sangat berbakat.


Teknologi Bertemu Ketulenan Manusia

Apa yang membezakan Fire and Water daripada dokumentari lain adalah keseimbangan antara inovasi teknologi dan keaslian emosi manusia. Di sebalik CGI yang mengagumkan, terdapat usaha luar biasa oleh para pelakon untuk menghidupkan watak-watak mereka dengan jujur. Saldaña turut menggambarkan teknologi penangkapan gerakan sebagai bentuk lakonan yang paling memberi kuasa kepada pelakon. Hal ini kerana ia membolehkan mereka menyampaikan setiap getar rasa secara bebas, tanpa batasan kostum atau set fizikal.

Latihan menyelam yang intensif yang dijalankan juga bukan hanya satu cabaran fizikal. Ia adalah sebahagian daripada komitmen untuk menjadikan dunia Pandora dalam filem Avatar kelihatan menakjubkan dan terasa benar. Kesungguhan ini menjadikan dokumentari tersebut bukan sekadar tontonan, tetapi juga menifestasi penghargaan terhadap dedikasi dalam seni penceritaan moden.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down