LANGGAN

Genting Dream Cruises Rai Ulang Tahun Ke-10 Bersama Amotti

Pengalaman kecergasan dibawa ke laut bersama juara Physical: 100 Musim 2.
Published: July 30, 2026

Genting Dream Cruises meraikan ulang tahun ke-10 dengan pengalaman pelayaran yang memfokuskan kecergasan dan kesejahteraan. Ia berlangsung menerusi kolaborasi bersama juara Physical: 100 Musim 2, Amotti.

Diadakan daripada 26 hingga 28 Julai 2026 dalam pelayaran selama dua malam dari Singapura ke Melaka, para tetamu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berintensiti tinggi. Antaranya termasuk sesi HIIT, cabaran kecergasan DreamROX at Sea dan sesi bertemu peminat bersama atlet CrossFit terkenal itu.


Tarikan Utama

Antara tarikan utama ialah DreamROX at Sea. Satu cabaran kecergasan berfungsi yang berlangsung di dek kolam renang utama dengan latar panorama laut terbuka. Peserta menguji kekuatan, ketangkasan dan daya tahan sambil menerima bimbingan serta motivasi secara langsung daripada Amotti. Selain demonstrasi latihan, dia turut berinteraksi rapat dengan peserta, mewujudkan suasana yang lebih mesra dan penuh semangat.

Pengalaman diteruskan dengan sesi HIIT percuma yang diinspirasikan daripada latihan CrossFit Amotti. Gabungan senaman dinamik, udara laut yang segar dan ruang terbuka membuktikan percutian di atas kapal juga boleh menjadi peluang kita untuk kekal aktif tanpa mengorbankan keseronokan.

Selain aktiviti kecergasan, pelayaran ini turut menghimpunkan komuniti peminat gaya hidup sihat termasuk pempengaruh kecergasan dari rantau Asia. Sesi Meet & Greet bersama Amotti memberi peluang kepada peminat bertemu idola mereka sambil berkongsi pengalaman sepanjang pelayaran.

Melalui kemudahan kecergasan, rekreasi dan kesejahteraan yang tersedia di Genting Dream Cruises, mereka mahu terus menawarkan pengalaman percutian yang menggabungkan aktiviti fizikal, rehat dan penerokaan destinasi dalam satu pelayaran mewah. Kolaborasi bersama Amotti sekali lagi membuktikan bahawa tempat senaman terbaik tidak semestinya berlaku di gimnasium. Ia juga boleh dilakukan dengan baik di atas kapal di tengah lautan.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down