LANGGAN

Go-Kart Dengan VR! Pertama Di Malaysia

Evolt XR kini rasmi dilancarkan dengan tawaran pengalaman luar biasa.
Published: April 21, 2026

Dimensi baharu permainan outdoor dan indoor yang menggabungjalinkan garis antara realiti fizikal dan dunia maya kini menjadi realiti. Dilancarkan di lokasi utama Evolt Karting, Lembah Subang, pengalaman ini menandakan evolusi signifikan go-kart dalam cara kita bermain, lebih interaktif, lebih sosial dan jauh lebih mendebarkan.

Di inovasi XR Go-Karting, pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia ini mentransformasikan karting konvensional menjadi sebuah pengembaraan multi-deria. Pemandu bukan sahaja perlu memecut di litar sebenar tetapi menyusuri landskap digital yang direka secara dinamik melalui set kepala realiti maya. Halangan maya, elemen permainan kompetitif dan visual futuristik bergabung secara masa nyata, mencipta sensasi yang melangkaui pengalaman pemanduan tradisional.

Tarikan Utama

Melengkapkan dimensi ini ialah XR Laser Tag, sebuah arena PvP berintensiti tinggi yang mengangkat konsep permainan laser kepada tahap sinematik. Dalam persekitaran sci-fi yang direka dengan teliti, setiap pergerakan fizikal pemain diterjemahkan terus ke dalam dunia maya. Ini menghasilkan pengalaman tempur yang responsif, pantas dan penuh adrenalin. Ia bukan hanya permainan biasa tetapi satu bentuk eskapisme moden yang memerlukan strategi, koordinasi dan refleks berani.

Gabungan kedua-dua pengalaman ini meletakkan Evolt XR di barisan hadapan hiburan berasaskan lokasi di Malaysia. Sebuah ruang di mana teknologi menjadi medium interaksi sosial yang interaksinya lebih mendalam. Direka untuk semua tahap pengalaman, ia membuka peluang baharu untuk rakan, keluarga dan pencinta sensasi berkongsi momen yang dinamik dan interaktif.

Kata Pemilik Perniagaan

Menurut Weiron Tan, pelancaran ini merupakan langkah strategik dalam memperluaskan kehadiran jenama tersebut dalam sektor hiburan tempatan. Visi jangka panjangnya jelas mengembangkan Evolt menjadi sebuah jenama hiburan multi-pengalaman yang relevan di peringkat serantau. Ini selari dengan perubahan gaya hidup generasi kini yang semakin mencari pengalaman berimpak tinggi.

Sebagai meraikan pelancaran ini, tawaran diskaun 30 peratus diberikan bagi setiap sesi XR dengan pembelian karting sepanjang bulan April. Tawaran ini menjadikan masa terbaik untuk menyelami pengalaman yang menggabungkan teknologi dan aksi secara seamless.

Evolt XR ialah destinasi baharu refleksi masa depan hiburan, di mana realiti dan imaginasi bertemu dalam satu trek yang sama.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down