LANGGAN

Ombak Festival: Gema Seni & Irama The Ultimate Weekend

Meraikan semangat kebersamaan, keseronokan dan hubungan sesama komuniti.
Published: July 25, 2025

Usai kejayaan anjuran pertama tahun lalu, Ombak Festival kembali lagi lebih besar dan epik dengan tema The Ultimate Weekend!

Akan berlangsung pada 12 - 14 September 2025, festival ulung selatan tanah air ini sekali lagi memilih Desaru Coast. Pentas tahun ini bakal diwarnai bakat-bakat hebat dari seluruh rantau.

Apa yang memberi kelainan kepada siri kedua ini? Ia bukan sekadar festival muzik. Sebaliknya akan menjadi sambutan yang meraikan identiti serantau sambil mengangkat semangat Tahun Kepengerusian ASEAN 2025.

Festival kali ini juga memberi tumpuan kepada beberapa penganjur acara seperti Pasar Seloka, Pulau Pulao dan Segaris Art Center. Pengunjung yang hadir turut berpeluang menikmati pelbagai sajian kulinari daripada Sazon Tapas & Grill oleh Chef Andrew Walsh, Carbon KL dan Flavours of Johor.

Antara sorotan utama lain:

  • Persembahan pentas oleh 30 bakat besar dalam satu lineup khas merentas genre yang sedang mencorak arus pop masa kini. Antaranya dari Malaysia sendiri, Joe Flizzow, SonaOne, Ismail Izzani, Gerhana SkaCinta, Kyoto Protocol, The Filters dan Golden Mammoth.
  • Pentas seni interaktif dan instalasi kontemporari yang membawa naratif khas Asia Tenggara kepada olahan visual.
  • Karnival cita rasa yang menyajikan eksplorasi gastronomi. Bermula dari street food Bangkok ke hidangan fusion Jakarta x KL — hasil masakan cef hebat dan terkemuka.
  • Zon keluarga dan pengalaman lestari untuk semua umur dan komuniti tanpa membelakangkan nilai tradisi.

Penganjuran tahun kedua ini menjangkakan lebih 30,000 pengunjung. Ia diharap menjadi sambutan gaya hidup dan hiburan yang menggabungtara seni dan kebebasan ekspresi dalam satu ruang acara inklusif.

Dresscode? Kasual tropikal sudah cukup memadai. Pilih linen longgar, kemeja print bold dan sneakers tahan pasir. Kamera filem menjadi opsyen buat anda, tetapi vibe festival ini memang diketahui fotogenik pada setiap sudut!

Jadi, tandakan kalendar anda dan dapatkan tiket segera. Ombak Festival 2025 akan menjadi acara yang memberi rona baharu kepada landskap hiburan negara!

Layari www.ombakfestival.com untuk lebih info.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down