Dalam meniti gaya hidup moden, sempadan antara kecerdasan buatan dan teknologi semakin dipadukan. Ia tidak lagi sekadar tentang spesifikasi atau prestasi gajet semata-mata, tetapi bagaimana inovasi menjadi sebahagian daripada identiti dan ekspresi diri. Inilah naratif yang dibawa oleh menerusi pelancaran peranti terbaharunya yakni Huawei Mate X7. SEbuah karya teknologi yang diraikan sebagai simbol gaya hidup berprestij.
Dilancarkan di Malaysia di sebuah pusat beli-belah ikonik di Kuala Lumpur, Mate X7 menandakan evolusi baharu dalam ekosistem gaya hidup Huawei. Menurut pakar produk Huawei Malaysia, Pang Jia Hao, falsafah di sebalik pembangunan peranti ini melangkaui angka dan spesifikasi teknikal.
Sebagai kesinambungan legasi telefon lipat Huawei sejak 2019, Mate X7 merupakan kemuncak kepada tahun-tahun penyempurnaan reka bentuk dan kejuruteraan. Ia tampil dengan sistem dwi-paparan X-True. Di mana ia menawarkan dua pengalaman berbeza dalam satu peranti.

Dalam keadaan dilipat, paparan luar 6.49 inci memberikan keselesaan sentuhan seperti telefon perdana konvensional. Namun apabila dibuka, skrin dalaman seluas 8 inci berubah menjadi kanvas digital yang luas. Sangat ideal untuk kerja profesional, hiburan sinematik mahupun multitugas tahap tinggi.
Walaupun tampil dengan paparan besar, Mate X7 tidak berkompromi daripada segi ketahanan. Ia dibina dengan Ultra-Reliable Foldable Architecture, dilindungi oleh Crystal Armour Kunlun Glass serta mempunyai penarafan IP58/IP59 untuk rintangan habuk dan air. Sentuhan gabungan kekuatan dan keperincian yang jarang ditemui.
Bagi penggemar fotografi, Mate X7 hadir dengan sistem kamera true-to-colour yang diketuai kamera telefoto makro 50-megapiksel. Dengan zum optikal 3.5x, peralihan daripada landskap bandar ke perincian makro berlaku dengan lancar dan jelas.

Rakaman video pula disokong teknologi HDR ultra tinggi. Ini membolehkan video 4K sinematik dirakam terus dari tapak tangan. Sangat sesuai untuk pencipta kandungan moden.
Dikuasakan juga oleh bateri 5,600mAh dengan sokongan 66W SuperCharge, Mate X7 direka untuk mengikuti rentak kehidupan aktif tanpa gangguan.
Pelancaran ini turut memperkenalkan rangkaian peranti gaya hidup lain yang mengukuhkan lagi posisi Huawei dalam segmen premium. Antaranya Huawei FreeClip 2 (RM699) dengan rekaan Airy C-Bridge untuk keselesaan open-ear serta Huawei Watch Ultimate Design Royal Gold Edition yang memancarkan kemewahan mutlak.
Bagi peminat golf, kolaborasi eksklusif Honma x Huawei Watch GT 6 Pro turut menyatukan ketepatan teknologi dengan warisan jenama golf mewah Jepun. Manakala Watch GT 6 41mm tampil lebih sofistikated dengan tali Milanese baharu dalam rona emas dan hitam.
Huawei Mate X7 dijual berharga RM8,688 ditawarkan dalam tiga pilihan warna elegan yakni Nebula Red, Classic Black dan Brocade White. Boleh mula didapati 31 Januari di Huawei Experience Store, laman rasmi serta stor utama di Shopee, Lazada dan TikTok.
Untuk pembeli terawal, Huawei turut menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM7,597 termasuk Huawei Watch 5, MatePad 11.5 dan perlindungan skrin Huawei Care+.
Dalam landskap di mana gaya hidup dan teknologi saling melengkapi, Huawei Mate X7 menjadi telefon pintar boleh lipat yang serba sempurna. Ia menjadi pernyataan gaya hidup moden yang menghargai inovasi, estetika dan prestij.