LANGGAN

Kenali JAECOO J8 Serba Baharu

Gabungan mewah kelas pertama dan kehebatan off-road!
Published: September 3, 2025

JAECOO J8 serba baharu diperkenalkan sebagai jentera berani yang menggabungkan reka bentuk, gaya dan fungsi hebat untuk pengembaraan harian.

Era baharu JAECOO ini menampilkan keanggunan ciptaan, kecerdasan buatan dan keselesaan luar serta dalaman. JAECOO J8 hadir sebagai sebahagian daripada misi jenama ini untuk memperluaskan lagi pilihan kenderaan di pasaran Malaysia. Direka untuk memukau den berprestasi tinggi, model flagship ini sesuai untuk mana-mana keluarga urban serba moden. Ia tidak berkompromi dalam aspek keselesaan prestasi atau gaya. Setiap inci dalam kereta sama ada lima atau enam tempat duduknya memancarkan elemen mewah.

Satu Model, Dua Varian

Model flagship ini hadir dalam dua varian iaitu JAECOO J8 Pacuan Dua Roda (2WD) dan JAECOO J8 Pacuan Semua Roda (AWD). Varian 2WD menawarkan konfigurasi lima tempat duduk, manakala varian AWD yang lebih premium hadir dengan enam tempat duduk. Ini termasuk kerusi kapten di baris kedua serta Queen Seat untuk keselesaan luar biasa. Tambahan menarik bagi varian AWD adalah fungsi urutan untuk pengalaman mewah tahap tertinggi.

Varian 2WD didatangkan dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport. Varian AWD pula menampilkan tujuh mod iaitu Eco, Normal, Sport, Pasir, Lumpur, Salji dan Off-Road.

Kedua-dua varian direka untuk memastikan pemanduan paling selesa, tanpa mengira jarak. Lebih hebat lagi, varian AWD mengekalkan keselesaan bertaraf kelas pertama walaupun ketika meredah pelbagai jenis permukaan jalan. Dari jalan bandar hingga ke laluan berbatu. Tenaganya dijana oleh enjin 2.0-liter turbocharged empat silinder yang mampu menghasilkan sehingga 249 hp dan 385 Nm tork.

Prestasi Off-Road Mengagumkan

JAECOO J8 membuktikan ia bukan sekadar kenderaan yang memenuhi gaya hidup. Ia adalah SUV yang dibina untuk menawan cabaran sebenar. Dengan ciri pacuan semua roda dan mod pemanduan khas untuk pelbagai jenis permukaan, anda boleh mengharapkan pengalaman pemanduan yang lancar dan mewah walaupun di jalan yang tidak rata.

JAECOO J8 adalah bukti bahawa anda tidak perlu memilih antara gaya, keselesaan atau keupayaan. Ia datang dengan pakej lengkap yang memberikan segalanya — serba elegan dan tenaga.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down