Kesuburan adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan lelaki terutama sekali buat mereka yang ingin berkeluarga dan merancang untuk menimang cahaya mata. Namun, gaya hidup hari ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada masalah kesuburan baik lelaki mahupun perempuan. Dan hari ini masalah kesuburan ini semakin meningkat di kalangan masyarakat moden. Maka seharusnya, setiap daripada kita sudah mula memberi perhatian kepada penjagaan gaya hidup yang sihat.
Elakkan tekanan dan yang paling penting untuk mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Ia memainkan peranan yang sanagat besar terutama sekali dalam memastikan kesihatan reproduktif lelaki berada di dalam keadaan baik yang paling optimum.
Ikan berlemak seperti salmon, sardin dan tuna sebenarnya kaya dengan inti pati seperti asid lemak omega-3. Ia berfungsi dalam memperbaiki kualiti sperma serta meningkatkan pergerakan sperma. Omega-3 juga membantu meningkatkan tahap testosteron, iaitu hormon utama dalam fungsi reproduksi lelaki.
Ia mengandungi protein yang tinggi seperti Vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan yang membantu melindungi sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, telur juga mengandungi Vitamin D yang membantu mengawal penghasilan hormon seks.
Kacang seperti kacang tanah, almond dan walnut amat bagus buat lelaki. Ia mengandungi zinc dan selenium yang mana amat penting untuk penghasilan sperma yang sihat. Bukan itu sahaja, ia turut mampu mempertingkatkan motiliti (pergerakan) sperma. Kacang juga kaya dengan asid lemak sihat yang turut menyokong kesihatan reproduktif.
Sebagai contoh, sayur sperti bayam, kale dan brokoli ini kaya dengan asid folik yang membantu meningkatkan jumlah sperma dan mengurangkan risiko sperma yang tidak normal. Selain itu, sayuran hijau juga mengandungi Vitamin C dan aktioksidan yang mana ia melindungi sperma daripada rosak.
Strawberi, beri biru dan raspberry mengandungin Vitamin C yang tinggi serta antikoksidan. Ia membantu meningkatkan jumlah sperma disamping memperbaiki kualiti sperma dengan melindungi DNA sperma daripada rosak.