Kehadiran seorang bapa adalah asas keharmonian dalam sesebuah keluarga. Sebagai tonggak utama, bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan membimbing setiap langkah hidup anak-anak, dari kecil sehingga dewasa. Bagi meraikan cool dads all around the world, Burberry mempersembahkan sebuah kempen istimewa yang merakamkan keindahan ikatan di antara ayah dan anak, bersempena Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi.
Menerusi sebuah filem pendek, jenama kelahiran British ini menampilkan bintang Manchester City, Phil Foden bersama dua permata hatinya, Ronnie dan True. Phil yang berumur 24 tahun telahpun bergelar bapa sejak usianya 18 tahun lagi. Kempen ini merakam momen indah ketika mereka bermain di halaman rumah, sambil diiringi dengan gelak tawa riang. Walaupun cuaca tidak menyebelahi, detik berharga ini tetap tidak terganggu. Secara halus ia membuktikan bahawa bapa adalah payung yang melindungi setiap cuaca kehidupan anak.
Koleksi hadiah untuk Hari Bapa tahun 2025 oleh Burberry diilhamkan daripada keindahan poskad lukisan tangan. Siluet klasik lelaki diberi nafas baharu menerusi sentuhan istimewa rumah fesyen ini. Antara helaian utama termasuklah jaket ringan, kemeja polo dan kasut sukan moden – kesemuanya diserlahkan dengan motif ikonik, Burberry Check. Tidak ketinggalan, aksesori seperti beg dan dompet ditampilkan dalam Check berona kelabu arang, manakala cetakan Knight arkib pula menghiasi permukaan pada T-shirt dan topi.
Baju-T dengan kolar bulat bercorak Check
Baju polo bersulamkan logo Burberry pada kolar
Topi besol dengan cetakan Knight
Dompet bifold bercorak Check
Kasut clog suede dengan tali gesper bercorak Check