LANGGAN

Koleksi Terbaru CASETiFY Gabungan Nostalgia dan Futuristik

Inovasi bergaya yang memenuhi citarasa pengguna global
Published: July 21, 2025

CASETiFY sekali lagi mencuri perhatian para peminat teknologi dan seni dengan pelancaran tiga koleksi yang eksklusif – daripada sentuhan nostalgia anime ikonik hingga kolaborasi bersama artis kontemporari ternama dan rekaan futuristik untuk pengguna Samsung. Setiap koleksi membawa keunikan tersendiri, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang inginkan perlindungan bergaya buat gajet harian.

Koleksi KAIKAI dan KIKI oleh TAKASHI MURAKAMI x CASETiFY

Karya seni penuh warna dan imaginasi oleh Takashi Murakami kembali mewarnai dunia aksesori. Watak ikonik, Kaikai dan Kiki, tampil semula dalam kolaborasi terbaru bersama CASETiFY. Koleksi ini mengetengahkan rekaan yang ceria dan unik. Ia sesuai untuk mereka yang menghargai estetika pop art Jepun yang ikonik.

Sarung Telefon Eksklusif untuk Samsung Galaxy Z Flip7 dan Z Fold7

Sempena pelancaran global Samsung Galaxy Z Flip7 dan Z Fold7, CASETiFY tampil dengan koleksi sarung telefon khas untuk peranti Android. Ia bukan sekadar pelindung, malah hadir dengan rekaan bergaya dan ciri inovatif seperti cincin magnetik untuk kemudahan dalam aksesori. Ia adalah gabungan sempurna antara fungsi dan fesyen untuk pengguna moden.

Koleksi Dragon Ball Z x CASETiFY

Untuk meraikan ulang tahun ke-40 siri anime kegemaran ramai, Dragon Ball, CASETiFY melancarkan koleksi istimewa dengan ilustrasi eksklusif khas untuk kolaborasi ini. Dari Goku hingga Vegeta, setiap rekaan menampilkan semangat Saiyan dalam gaya tersendiri. Koleksi ini menjadi pilihan wajib buat peminat setia yang ingin tonjolkan nostalgia dan gaya dalam satu masa.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down