LANGGAN

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 Rancak Berlangsug

Memasuki minggu akhir acara dengan lebih aktiviti buat semua peringkat umur.
Published: June 16, 2026

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 kini memasuki minggu terakhir penganjurannya. Acara dengan pelbagai tarikan menarik ini menjadikan MITEC sebagai destinasi paling meriah di ibu negara sepanjang Jun. Membawakan tema Beyond Mobility, KLIMS 2026 menawarkan pengalaman yang melangkaui tidak hanya pameran kenderaan dengan gabungan hiburan, kreativiti, teknologi dan aktiviti komuniti untuk seisi keluarga.

Antara tarikan utama yang bakal mencuri perhatian pengunjung ialah persembahan langsung daripada barisan artis terkenal tanah air. Legenda rock negara, Ella bersama penyanyi popular Lah Ahmad turut akan menghiburkan pengunjung pada 17 Jun bermula jam 5.00 petang. Segalanya akan menjanjikan malam penuh kemeriahan dan hiburan yang mengujakan.

Lebih istimewa, platform kreatif terkenal RIUH, di bawah MyCreative Ventures, membuat penampilan sulung di acara automotif menerusi kerjasama pertamanya dengan KLIMS 2026. Berlangsung pada 20 dan 21 Jun, RIUH akan membawakan pelbagai aktiviti dan persembahan yang menghimpunkan selebriti, usahawan kreatif tempatan, komuniti hobi serta pelbagai pameran menarik di bawah satu bumbung.

Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan artis terkenal seperti Anuar Zain, FUGŌ, Kyoto Protocol dan ramai lagi. Selain itu, persembahan drumline bertenaga oleh Voice of Percussion serta persembahan tarian fusion oleh Siluman Production turut memeriahkan suasana.

Program hujung minggu turut menampilkan rakaman langsung The Overdrive Session Automotive Podcast yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan trend automotif, perkembangan industri serta budaya mobiliti. Di samping itu, pengunjung boleh meneroka RIUH Bazaar dan Hobbyist Hub yang menampilkan pelbagai jenama tempatan, artisan, pencipta kreatif dan komuniti hobi.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam mewujudkan pengalaman yang lebih inklusif dan menarik. Di sinilah inovasi automotif bertemu dengan kreativiti serta budaya Malaysia.

Pelbagai Aktiviti Interaktif Menanti Pengunjung

KLIMS 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Antara yang terbaru ialah TAMIYA Mini 4WD Fun Race. Acara memberi peluang kepada peminat model kereta mini untuk bersaing dan memenangi pingat rasmi TAMIYA.

Sebelum pertandingan berlangsung, pengunjung juga boleh merasai pengalaman mengendalikan kereta TAMIYA Mini 4WD di zon pengalaman khas. Selain menyaksikan demonstrasi interaktif yang berlangsung daripada 12 hingga 19 Jun.

Selain itu, KLIMS 2026 turut menampilkan pelbagai tarikan lain termasuk:

  • Cabaran simulator kereta lumba
  • Pengalaman simulator penerbangan
  • Litar kereta kawalan jauh (RC Car)
  • Lebih 200 buah kereta daripada kelab-kelab kereta yang mengambil bahagian
  • Lebih 70 model kenderaan tersedia untuk sesi pandu uji
  • Pelbagai aktiviti mesra keluarga sepanjang acara berlangsung

Dengan gabungan pameran mobility, hiburan bertaraf tinggi, aktiviti kreatif dan pengalaman interaktif, KLIMS 2026 menjanjikan sesuatu untuk semua pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman mobiliti paling dinanti-nantikan tahun ini sebelum tirainya melabuhkan pada penghujung minggu ini.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down