LANGGAN

LEGO Memperkenalkan Kempen 'Keep It Fresh'

Menyempurnakan gaya hidup dan percintaan.
Published: February 9, 2026

The LEGO Group memperkenalkan 'Keep It Fresh'. Satu kempen yang mentakrifkan semula suasana romantik melalui kreativiti bersama menerusi koleksi LEGO® Botanicals.

Ia untuk mengajak pasangan untuk berkongsi perjalanan kasih sayang sambil membina sesuatu yang cantik. Seakan cinta sejati, keindahannya bukan hanya pada hasil akhir, tetapi pada proses yang dilalui bersama.

The Bloom Bar: Di Mana Kreativiti dan Cinta Bertamu

Bermula daripada 10 hingga 15 Februari 2026, ruang Entrance Foyer di The Starhill Kuala Lumpur bakal berubah menjadi sebuah taman rahsia tengah kota. The Bloom Bar tampil sebagai pusat tumpuan. Sebuah pengalaman pop-up yang memadukan seni, imaginasi dan hubungan manusia.

Melangkah masuk ke The Bloom Bar seolah-olah melarikan diri daripada hiruk-pikuk harian. Di sini, pengunjung dijemput untuk berhenti seketika dan menikmati keseronokan membina keindahan bersama. Ruang ini dihiasi dengan stesen binaan interaktif, sudut fotografi yang dikurasi rapi, serta suasana yang meraikan kehalusan LEGO Botanicals dan keintiman pengalaman berkongsi.

Melalui sesi Make & Take, pengunjung berusia 13 tahun ke atas boleh membina sekuntum mawar LEGO menggunakan kad menu khas. Bebas untuk memilih antara hitam yang sofistikated, merah klasik atau merah jambu romantik. Ia adalah alternatif yang segar dan matang kepada sambutan Valentine yang konvensional.

Menambah sentuhan kolektif, pengunjung turut akan menyumbang kepada sebuah instalasi ladang tulip kolaboratif. Setiap tulip yang ditambah menjadikan karya ini simbol kebersamaan. Ini menjadi bukti bahawa keindahan sering terhasil daripada usaha bersama.

Tidak ketinggalan, sebuah Mercedes-Benz A250 yang dihiasi bunga LEGO Botanicals dipamerkan sebagai karya seni bergerak. Satu gabungan elegan antara kemewahan abadi dan imaginasi moden.

Bagi mereka yang mencari pengalaman serupa di lokasi lain, The Bloom Bar turut berada di Elmina Lakeside Mall dari 6 hingga 8 Februari. Ia lengkap dengan konsep Click & Collect melalui Lazada yang menggabungkan kemudahan digital dan sentuhan fizikal.

Bloom Squad: 'Cinta' yang Datang dengan Kejutan

Dari 7 hingga 14 Februari, Bloom Squad akan muncul secara spontan di destinasi pilihan sekitar Kuala Lumpur. Bermula di Pavilion Kuala Lumpur hingga Mid Valley. Kehadiran mereka membawa senyuman ringkas yakni sekuntum bunga mawar segar, bersama baucar istimewa untuk menebus LEGO Botanicals Roses di LEGO Certified Stores terpilih.

Eksklusif Valentine: Bloom Together

Melengkapkan pengalaman ini, The LEGO Group turut memperkenalkan Bloom Together Kit. Satu set edisi khas yang direka untuk mengeratkan lagi detik kebersamaan. Dengan pembelian minimum RM520 bagi rangkaian LEGO Botanicals di kedai rasmi Lazada dan Shopee, pelanggan akan menerima kit eksklusif ini. Ia merangkumi tapak pameran mini, Love Wheel, Love Puzzle serta elemen kenangan peribadi.

Di pop-up Elmina Lakeside Mall, kit ini boleh dimiliki dengan pembelian minimum RM400.

Sebagai sentuhan istimewa, 50 pelanggan terawal pada 13 dan 14 Februari di The Starhill KL boleh menebus Botanical Rose Vase Edisi Terhad. Ini termasuk syarat pembelian minimum RM389. Ia menampilkan enam kuntum mawar LEGO dalam rona merah dan merah jambu yang anggun. Promosi lain termasuk LEGO Valentine’s Day Box dan LEGO Rose turut tersedia sepanjang tempoh kempen.



Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down