LANGGAN

Sabato's Menghidupkan Lagi Tradisi Italian-Amerika

Restoran ‘Red Sauce Joint’ ini berinspirasikan retro era 1970-an yang pertama dan satu-satunya di Malaysia.
Published: April 23, 2026

Hotel terbaharu Kimpton Naluria Kuala Lumpur dengan rasminya memperkenalkan Sabato’s, restoran Italian-Amerika berinspirasikan retro pertama dan satu-satunya di Malaysia. Terletak di tengah nadi Tun Razak Exchange (TRX).

Rasmi dibuka pada 1 April 2026, Sabato’s dibuka untuk memikat pencinta kulinari dan penggemar suasana penuh ritma dengan sentuhan nostalgia retro tulen. Segalanya terhidang unik daripada pasta berperisa lazat dan bebola daging bersaiz besar hingga aura meriah era 1970-an.

Terletak di aras 25 hotel Kimpton Naluria, nama Sabato’s diambil daripada perkataan Itali yang bermaksud sabtu. Ini mengimbau kembali restoran klasik New York yang penuh karakter, menggabungkan kelazatan santapan keluarga dengan kemeriahan era disko. Restoran ini meraikan suasana komuniti yang hidup melalui hidangan bersaiz perkongsian dan minuman yang didominasi Itali. Selain itu koktel klasik era 70-an dengan sentuhan moden serta jukebox yang memainkan lagu-lagu ikonik ala Saturday Night Fever.

Era ini dikembalikan bagi menghormati waktu masakan Itali di Amerika tidak hanya tentang makanan tetapi juga mengenai perayaan dan komuniti. Di Sabato’s, hidangan disajikan secara Alla Famiglia yakni gaya keluarga. Ini dilakukan bagi menggalakkan pengalaman makan yang interaktif serta menghidupkan kembali kegembiraan berkongsi di meja makan.

Sabato’s dibuka kepada pelanggannya pada setiap Ahad hingga Jumaat, jam 6 petang hingga 10:30 malam. Manakala pada hari Sabtu dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10:30 malam.

Untuk tempahan meja pelanggan boleh menghubungi restoran secara terus atau melalui e-mel.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down