LANGGAN

Samsung Melancarkan Galaxy Buds On

Lebih mudah digunakan dengan rekaan open-ear clip-style untuk tujuan pendengaran harian.
Published: October 5, 2026

Samsung memperkenalkan Galaxy Buds One secara rasmi minggu lepas. Ia merupakan earbuds pertama jenama itu dengan rekaan open-ear clip-style sendiri sekali gus membawa pendekatan berbeza terhadap pengalaman mendengar audio semasa yang lebih memberi kepuasan. Buat masa ini (27 Oktober), Galaxy Buds On hanya dilancarkan di Korea Selatan dalam kemasan hitam dengan harga ₩299,000 atau kira-kira RM898 sahaja untuk ringgit Malaysia.

Keunikan Rekaan

Berbeza daripada earbuds konvensional yang menutup saluran lubang telinga, reka bentuk Galaxy Buds On diletakkan pada bahagian luar telinga menerusi struktur clip-on. Kawasan sentuhan yang lebih lebar tentunya membantu mengagihkan tekanan pada bahagian telinga untuk kekal berada di telinga ketika penggunanya bergerak. Sementara reka bentuk terbuka (open-ear) membolehkan penggunanya kekal peka terhadap bunyi persekitaran di sekeliling.

Namun, pendekatan open-ear ini turut didatangkan dengan cabaran tersendiri, khususnya daripada segi kehilangan bunyi dan penghasilan bass. Untuk mengatasinya, Samsung turut melengkapkan Galaxy Buds On dengan sistem pembesar suara TwinBoost yang dibangunkan untuk meningkatkan output bass. Selain itu turut tersedia satu fungsi pelarasan kelantangan automatik yang bertindak balas terhadap tahap bunyi persekitaran.

Kawalan Penggunaan

Kawalan mudah pula dibuat menerusi permukaan sentuhan pada bahagian belakang setiap unit. Galaxy Buds On turut dilengkapi ciri pengasingan suara untuk membantu menghasilkan panggilan yang lebih jelas. Selanjutnya, pengguna peranti Galaxy yang serasi dengan ekosistem Galaxy boleh menikmati beberapa fungsi tambahan seperti kawalan panggilan tanpa tangan menggunakan gerakan kepala serta sokongan Gemini Live. Menekan dan menahan kawasan sentuhan juga mengaktifkan Quick Voice Memo untuk rakaman nota suara dengan pantas.

Buat masa ini, Galaxy Buds On hanya diperkenalkan di Korea Selatan. Bagaimanapun, Samsung mengesahkan bahawa earbuds baharu ini akan diperluaskan ke pasaran global pada masa akan datang dan akan diumukan kelak. Tarikh pelancaran, pasaran yang terlibat serta harga bagi setiap rantau juga akan diumumkan semula.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down