LANGGAN

Stanley 1913 Lancarkan Country Collections di Malaysia

Meraikan setiap perlawanan Piala Dunia sebagai detik bermakna.
Published: June 16, 2026

Jenama ikonik global barangan inovasi hidrasi dan peralatan keperluan, Stanley 1913 membawa semangat bola sepak dunia lebih dekat kepada peminat Malaysia. Ini dilakukan menerusi pelancaran rasmi produk Stanley Country Collections. Selepas mencipta perhatian di peringkat global Mei lalu, koleksi edisi terhad ini kini tiba di pasaran tempatan. Ini disertakan dengan satu penawaran pengalaman yang disesuaikan khas untuk rakyat Malaysia serta pelbagai ganjaran eksklusif.

Diinspirasikan musim bola sepak global Piala Dunia yang penuh kemeriahan, Stanley Country Collections meraikan kebanggaan negara dan budaya penyokong menerusi reka bentuk berani. Antaranya koleksi yang diinspirasikan warna-warna pasukan kebangsaan. Koleksi ini malah menjadi medium ekspresi diri yang membolehkan peminat menzahirkan identiti dan sokongan mereka terhadap pasukan pilihan.

Bagi jenama Stanley 1913, momen paling bermakna dalam bola sepak bukan hanya berlaku di atas padang. Ia turut hidup dalam sorakan penyokong di stadium, perbualan di kedai kopi atau mamak, perjumpaan rakan-rakan dan setiap ritual yang membentuk pengalaman menyaksikan perlawanan. Berteraskan falsafah ini, Stanley memperkenalkan tiga koleksi edisi terhad yang direka khas untuk mereka yang benar-benar menghayati semangat permainan.

Koleksi Istimewa Sebagai Simbol Kebanggaan dan Prestasi

Antara tarikan utama kempen ini adalah Messi x Stanley 1913 – Messi Legacy Collection, sebuah koleksi premium yang memberi penghormatan kepada legenda bola sepak dunia, Lionel Messi. Menampilkan kemasan emas eksklusif yang diinspirasikan oleh trofi-trofi yang mewarnai perjalanan karier cemerlang beliau. Koleksi ini melambangkan gabungan antara pemain terhebat dunia dan botol ikonik yang telah menjadi simbol gaya hidup seluruh dunia.

Turut diperkenalkan ialah Country Collection, rangkaian edisi terhad yang direka bersempena kemuncak musim bola sepak antarabangsa tahun ini. Setiap produk hadir dengan warna-warna yang diinspirasikan pasukan kebangsaan seperti Team Yellow Green untuk penyokong Brazil dan Australia, serta Team Navy Red untuk Perancis. Lebih menarik, setiap pembelian didatangkan dengan Fútbol Artist Sticker Packs eksklusif yang membolehkan pengguna memperibadikan botol mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Diperbuat daripada keluli tahan karat kitar semula 18/8, koleksi ini direka untuk mengekalkan suhu minuman sejuk sepanjang hari. Ia untuk menemani setiap perlawanan, sorakan dan kenangan yang tercipta bersama rakan-rakan serta keluarga.

Home of Champions Pop-Up: Meraikan Semangat Juara

Bersempena pelancaran koleksi baharu ini, Stanley Malaysia turut menganjurkan Home of Champions Pop-Up. Ia berlangsung dari15 hingga 28 Jun 2026 di West Entrance Concourse, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Acara pop-up interaktif ini turut menghimpunkan peminat bola sepak dan pencinta gaya hidup aktif dalam satu pengalaman yang menggabungkan semangat kesukanan dengan inovasi produk Stanley. Pengunjung berpeluang melihat secara dekat pelbagai koleksi bertemakan bola sepak dan kolaborasi eksklusif bersama kelab-kelab ternama seperti Arsenal dan Paris Saint-Germain, selain koleksi terbaharu Messi 4.0 yang diinspirasikan oleh Lionel Messi.

Selain pameran produk, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai cabaran interaktif bertemakan bola sepak untuk menguji kemahiran mereka, mendaki carta dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Ganjaran Eksklusif Untuk Pengunjung

Stanley Malaysia turut menawarkan promosi hadiah dengan pembelian yang menarik sepanjang acara. Pelanggan berpeluang menerima kit pembersihan Stanley dan tali botol eksklusif secara percuma. Lebih istimewa, setiap pembelian botol Country Collection akan disertakan dengan set pelekat Country Collection secara percuma, selagi stok masih ada.

Pelancaran Stanley Country Collections membuktikan bahawa bola sepak bukan sekadar sukan, tetapi satu budaya yang menyatukan jutaan peminat seluruh dunia. Melalui koleksi ini, Stanley 1913 mengajak para penyokong membawa warna kebanggaan mereka ke mana sahaja. Dalam masa sama menikmati pengalaman hidrasi yang berkualiti dan bergaya dalam setiap detik yang bermakna.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down