Festival muzik dan seni ikonik dunia, Coachella Valley Music and Arts Festival kembali dengan edisi 2027 yang menyaksikan Dua Lipa, Tame Impala dan SZA diumumkan sebagai tiga persembahan utama. Bakal berlangsung di Empire Polo Club, Indio, California, festival ini bakal diadakan selama dua hujung minggu berturut-turut, iaitu dari 9 hingga 11 April serta 16 hingga 18 April 2027.

Pengumuman barisan tahun ini turut menyusul selepas SZA telah terlebih dahulu memberi bayangan mengenai nama-nama headliner di media sosial peribadinya. Selain tiga nama utama tersebut, Daddy Yankee dan Justice turut diberikan slot khas yang lazimnya dikhaskan untuk artis berprofil tinggi sebagai tarikan tambahan festival. Justice juga bakal mempersembahkan debut Bunker bagi Blinded by the Lights.
Antara nama besar lain yang menghiasi barisan teratas poster Coachella 2027 termasuk Madonna yang bakal kembali ke Dance Tent. Ini tentunya mengimbau kemunculannya di pentas sama pada tahun 2006 ketika pelancaran album Confessions on a Dance Floor. Turut menyertai barisan ini Phoebe Bridgers, Don Toliver, Zara Larsson, Weezer, Dom Dolla, Kygo, Empire of the Sun dan Role Model.
Barisan persembahan turut diperluaskan dengan kehadiran pelbagai nama antarabangsa merentas genre muzik. Antaranya termasuk Kehlani, Jisoo, Tiësto, Adéla, Måneskin, Four Tet, Becky G, The Neighbourhood, Remi Wolf, Victoria Monét, Caroline Polachek, EsDeeKid, Underworld, Nettspend, Leon Thomas, Peggy Gou, Giorgio Moroder, Mariah the Scientist, BABYMONSTER, Magdalena Bay, Murda Beatz dan Xaviersobased. Nama-nama lain yang turut tersenarai adalah Bella Kay, Haute & Freddy, Bea Miller, Gang of Youths serta Martin Garrix.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan menghadiri festival secara langsung, YouTube kembali sebagai rakan penstriman eksklusif Coachella untuk tahun ke-15 berturut-turut. Persembahan daripada kedua-dua hujung minggu festival akan disiarkan secara langsung dan boleh ditonton semula menerusi saluran YouTube rasmi Coachella.
Pas festival mula dijual pada Jumaat, 13 November 2026, jam 12 tengah hari waktu Pasifik menerusi laman web rasmi Coachella. Pakej penginapan hotel yang merangkumi akses festival serta pengangkutan turut ditawarkan bagi kedua-dua hujung minggu.
Edisi 2027 ini menyusul selepas Coachella 2026 yang menampilkan Sabrina Carpenter, Justin Bieber, Karol G dan Anyma sebagai headliner. Madonna turut mencuri perhatian pada edisi lalu apabila membuat kemunculan mengejut ketika persembahan Sabrina Carpenter pada hujung minggu kedua. Ia sekali gus memperkenalkan kolaborasi single mereka berjudul Bring Your Love.