LANGGAN

Kekal Bersih Dengan Dyson Di Musim Jerebu!

Dyson menawarkan pelbagai jenis penapis udara, termasuk model yang direka khusus untuk menangani pencemaran.
Published: July 28, 2025

Apabila musim jerebu kembali, kesihatan dan kualiti udara bersih menjadi keutamaan.

Ketika di luar rumah, kita disarankan memakai pelitup muka dan mengelakkaan diri dari terdedah kepada udara kotor. Sebaliknya, langkah berjaga-jaga sepatutnya bermula di rumah lagi — antaranya memakai penapis udara yang berkesan!

Panduan Memilih Penapis Udara

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai pilihan penapis udara. Antara ciri penapis udara yang baik adalah:

  • Menapis zarah halus dan gas bahaya seperti nitrogen dioksida (NO₂) dan formaldehid
  • Mempunyai sistem tapisan berlapis, termasuk penapis HEPA dan karbon aktif
  • Dapat menyalur udara bersih sekata ke segenap ruang

Dyson terbukti sebagai peneraju inovasi teknologi rumah. Terdapat variasi penapis udara terkini Dyson dan setiap satunya direka khas memenuhi keperluan anda.

Dyson Purifier Big+Quiet Formaldehyde

Penapis udara model ini menggabungkan kuasa tapisan tinggi dengan bunyi senyap. Teknologi Cone Aerodynamics eksklusif mampu menyalurkan udara bersih sehingga 10 meter. Kuasanya cukup meliputi ruang dalam rumah. Sensor CO₂ juga menjadikan model ini menapis dengan lebih pintar dan responsif.

Dyson Purifier Cool PC2 De-NOₓ

Jika anda mencari penapis udara lain yang serba canggih dan moden, model ini harus menjadi pilihan. Ia bukan sekadar menapis 99.97% zarah sekecil 0.3 mikron, tetapi turut menyingkirkan formaldehid dan juga menyerap gas NO₂.

Selain itu, teknologi Air Multiplier™ dan isolasi 350° turut berfungsi sebagai kipas penyejuk. Jadi, udara sekitar anda bukan saja sentiasa bersih, malah menjadi dingin dan segar!

Dalam keadaan jerebu yang tidak menentu, udara bersih menjadi penting dan keperluan. Teknologi penapis udara Dyson membantu memastikan persekitaran anda lebih sihat dan selamat, tanpa menjejaskan gaya hidup moden kini.

Untuk maklumat lanjut dan lebih senarai penuh produk, layari laman rasmi Dyson Malaysia.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down