LANGGAN

Under Armour Menginovasi Dengan HeatGear® Elite

Pakaian dengan teknologi yang memenuhi keperluan gaya hidup semasa.
Published: May 15, 2026

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, Under Armour telah membuktikan bahawa sehelai pakaian mampu mengubah landskap gaya seseorang. Pakaian yang selesa juga mampu meningkatkan prestasi tinggi pemakainya.

Melalui pengenalan teknologi compression dan fabrik prestasi yang mampu menyerap peluh dengan lebih pantas, jenama ini berjaya menawarkan pengalaman latihan yang lebih selesa. Segalanya lebih ringan dan cepat kering apabila berpeluh kepada atlet pemakainya di seluruh dunia.

Kini, hampir tiga dekad kemudian, Under Armour sekali lagi mengorak langkah ke hadapan menerusi pelancaran HeatGear® Elite. Ia menampilkan teknologi gentian baharu NEOLAST™. Produk inovatif ini kini boleh didapati di semua Under Armour Brand House seluruh negara. Selain itu boleh didapati menerusi platform e-dagang rasmi Under Armour Malaysia.

Teknologi Yang Merevolusi

HeatGear® Elite merupakan evolusi kepada baju compression ikonik jenama itu yang pernah merevolusikan dunia pakaian sukan. Dengan penggunaan gentian NEOLAST™, Under Armour memperkenalkan alternatif elastane berprestasi tinggi. Ia menawarkan tahap regangan lebih baik serta ketahanan bentuk yang unggul. Ini membolehkan atlet menikmati kebebasan pergerakan maksimum tanpa mengorbankan keselesaan atau ketahanan fabrik. Lebih-lebih lagi ketika latihan intensif mahupun aktiviti kecergasan harian dilakukan.

Apa yang menjadikan inovasi ini lebih signifikan ialah fokusnya terhadap aspek kelestarian. Diumumkan pada Januari 2024, NEOLAST™ dibangunkan bagi menangani beberapa cabaran utama berkaitan penggunaan elastane atau spandex. Selanjutnya untuk menyelesaikan masalah lain termasuk isu keboleh kitar semula dan penggunaan pelarut dalam proses penghasilannya.

Pada masa sama, teknologi ini masih mengekalkan ciri utama yang diperlukan dalam pakaian prestasi tinggi. Antaranya seperti regangan optimum, daya tahan, keselesaan dan keupayaan pengeringan pantas.

Melalui gabungan prestasi dan kelestarian, HeatGear® Elite bukan sahaja membantu atlet tampil lebih baik di gelanggang atau ketika keberadaan di gimnasium. Pemfokusan malah dipercayai memberi keyakinan bahawa pakaian yang digunakan turut menyumbang ke arah masa depan industri fesyen sukan lebih mampan.

Pemfokusan Jenama

Langkah ini juga mencerminkan komitmen berterusan Under Armour dalam memperkukuhkan inovasi material bagi menyokong peralihan industri pakaian, kasut dan aksesori. Segalanya ke arah ekonomi kitaran. Dengan pengurangan penggunaan spandex menerusi teknologi NEOLAST™, jenama ini dilihat terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pakaian prestasi tinggi yang lebih lestari dan berteknologi maju.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down