Seiring kehidupan moden dengan rutin harian anda yang sibuk setiap hari, vakum bukan lagi sekadar alat pembersihan penting di rumah. Ia menjadi pelengkap gaya hidup, keperluan praktikal dan efisien. Dari menyedut habuk halus hingga memberi ruang jeda untuk pernafasan lebih bersih kepada seisi penghuni rumah. Vakum moden kini direka untuk memenuhi keperluan harian dengan teknologi pintar, bereka bentuk minimalis!
Elle Men memilih tiga model vakum terbaik yang bukan sahaja berkuasa dan mudah digunakan, tetapi juga tampil dengan estetika moden serta ideal untuk gaya hidup urban anda yang mementingkan kebersihan dan praktikaliti.
Dengan teknologi laser serta roller wet Submarine™, vakum ini berupaya membasmi segala habuk halus dan juga mengemop lantai sekali gus. Ideal untuk lelaki urban yang mahukan pembersihan ‘deep clean’ tanpa kompromi. HEPA memberi udara lebih sihat, diskaun sementara sehingga RM1,000 daripada harga asal rm4,499 menjadikan vakum ini lebih menarik untuk anda dapatkan.
Model flagship 400 W dengan AI Cleaning, paparan LCD dan stesen kosong automatik. Pilihan harga pre-order RM3,599 sangat menarik dengan gabungan estetika Satin Greige dan teknologi pintar sesuai untuk kehidupan bergaya dan mereka yang mementingkan teknologi.
Wet‑dry 3‑in‑1 mop, vacuum dan juga pengering bersama membolehkan pembersihan lantai kental tanpa perlu anda mengemop secara manual. Harga tawaran terkini adalah RM2,799 sangat menarik bagi mereka yang mahu penjimatan efisien tetapi mendapatkan ciri premium.