LANGGAN

Jonathan Bailey Wajah Baharu Wangian Giorgio Armani ‘I WILL’

I WILL
Published: August 7, 2026

Giorgio Armani melantik Jonathan Bailey sebagai duta global Armani Beauty untuk wangian I WILL terbaharu.

Jonathan Bailey

Jonathan Bailey kini melangkah ke satu lagi babak baharu dalam kerjayanya apabila diumumkan sebagai duta wangian global Giorgio Armani bersempena pelancaran wangian lelaki terbaharu Maison itu, I WILL. Pelakon British yang terkenal menerusi lakonannya yang memukau serta karisma yang bersahaja itu membawa interpretasi moden terhadap keyakinan, keaslian dan cita-cita tinggi. Inilah nilai yang menjadi asas kepada identiti Giorgio Armani.

Dicipta sebagai simbol keazaman yang tidak pernah luntur, I WILL meraikan kekuatan dalaman yang membangkitkan keyakinan diri. Wangian ini meninggalkan jejak aroma yang memikat menerusi nota vanila gelap yang kaya, sensual dan tahan lama. Sekali gus mencipta karakter maskulin yang sukar dilupakan.

Diinspirasikan oleh legasi Giorgio Armani sendiri yang sentiasa berpegang kepada ketekunan dalam merealisasikan visinya terhadap gaya. I WILL dicipta untuk lelaki yang berani melangkah ke hadapan dengan keyakinan dan iltizam untuk mencorakkan masa depan mengikut acuan sendiri.

Giorgio Armani

Kempen I WILL yang menampilkan Jonathan Bailey diarahkan oleh pengarah filem yang pernah menerima enam pencalonan Academy Awards, Todd Field. Mengangkat sinematik sebagai bahasa penceritaan utama, filem kempen ini menggambarkan perjalanan Jonathan menuju kejayaan. Bukan hasil nasib semata-mata, tetapi lahir daripada keazaman, disiplin dan komitmen berterusan untuk menjadi versi terbaik dirinya.

Lebih daripada sekadar sebuah wangian, I WILL memperkenalkan definisi baharu maskuliniti moden. Ia meraikan lelaki yang membina kejayaan melalui usaha sendiri, berpegang kepada nilai autentik, dan percaya bahawa legasi sebenar bukan diwarisi, tetapi dibina dengan keberanian serta kemahuan yang tidak pernah goyah.

Giorgio Armani I WILL bakal berada di butik Armani Beauty di seluruh Malaysia bermula September. Sebelum diperluaskan ke semua cawangan Sephora di seluruh negara pada Oktober.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down