Amalan menyumbang tidak semestinya bermula dengan sumbangan wang ringgit yang besar atau pemberian yang mewah. Sebaliknya, ia boleh dimulakan menerusi tindakan kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan. Hal ini kerana setiap usaha lebih penting walaupun sederhana, asalkan ia tetap mampu membawa perubahan bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Berpegang kepada teras prinsip tersebut, The Body Shop Malaysia memperkenalkan kempen Giving Feels Good. Ia dianjurkan sebagai usaha menggalakkan penggunanya untuk memainkan peranan dalam menyokong komuniti rentan serta menyumbang kepada kesejahteraan bersama.

Berlangsung bermula 20 Oktober 2026 hingga 11 Januari 2027, kempen ini memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk menyumbang kepada badan kebajikan pilihan mereka menerusi pembelian di The Body Shop. Bagi setiap perbelanjaan bernilai RM100, sebanyak RM1 akan disalurkan kepada salah satu daripada tiga organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian. Menariknya, pelanggan diberikan pilihan untuk menentukan senders pihak yang ingin mereka sokong, menjadikan setiap pembelian satu peluang untuk menyumbang kepada tujuan yang lebih bermakna.
Tiga organisasi yang terpilih merupakan Tenaganita, P.S. The Children dan SPCA Selangor. Setiap organisasi mempunyai fokus serta kepentingan tersendiri dalam menangani isu sosial dan kebajikan yang memerlukan perhatian masyarakat.
Tenaganita merupakan organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia khususnya dalam melindungi golongan pekerja migran, pelarian dan individu yang berdepan eksploitasi serta diskriminasi. Melalui usaha advokasi dan sokongan yang disediakan, organisasi ini memainkan peranan penting dalam memperjuangkan layanan yang lebih adil serta menjaga maruah golongan yang sering terpinggir.
Sementara itu P.S. The Children memberi tumpuan kepada perlindungan dan kebajikan kanak-kanak. Usaha organisasi ini merangkumi kesedaran mengenai hak kanak-kanak serta kepentingan menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk mereka membesar. Sokongan terhadap organisasi seperti ini turut membantu memperkukuh usaha membina masa depan yang lebih baik untuk generasi seterusnya.
Pilihan ketiga, SPCA Selangor. Mereka tentunya cukup dikenali dalam memperjuangkan kebajikan haiwan menerusi pelbagai inisiatif termasuk penyelamatan, penjagaan dan perlindungan haiwan yang memerlukan. Organisasi ini turut menggalakkan kesedaran mengenai pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab serta kepentingan layanan yang berperikemanusiaan terhadap haiwan.

Menerusi kempen Giving Feels Good, The Body Shop bukan sahaja mahu menggalakkan pelanggannya membuat pilihan pembelian yang lebih bermakna. Malah membuka peluang untuk mereka terlibat secara langsung dalam menyokong isu-isu semasa. Walaupun nilai sumbangan bagi setiap transaksi mungkin kelihatan kecil, pengumpulan sumbangan daripada penyertaan ramai mampu membantu meneruskan usaha organisasi yang terlibat.

Pendekatan ini turut mengingatkan bahawa amalan memberi tidak semestinya memerlukan pengorbanan besar atau menunggu waktu tertentu. Sebaliknya, ia boleh bermula melalui tindakan mudah yang disertakan dengan niat untuk membawa perubahan positif kepada orang lain.

Dengan memilih salah satu daripada tiga organisasi tersebut setiap kali berbelanja, pelanggan berpeluang menjadikan rutin membeli-belah sebagai sebahagian daripada usaha menyumbang kepada masyarakat. Ini selari dengan mesej utama kempen Giving Feels Good yang mengangkat kepercayaan bahawa setiap pilihan mempunyai nilai. Selain itu untuk memastikan setiap tindakan kecil mampu mencetuskan kebaikan lebih besar. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Giving Feels Good dan inisiatif The Body Shop Malaysia, layari saluran media sosial rasmi mereka.