Pada 22 September yang lalu telah berlangsungnya pelancaran pop-up Prada Beauty istimewa bersempena pelancaran haruman maskulin terbaru jenama ini iaitu Prada Paradigme. Lebih istimewa lagi, sambutan ini turut dihadiri oleh penampilan istimewa Selebriti Thailand, Win Metawin bersama barisan pempengaruh lokal.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman penuh keistimewaan di pop-up eksklusif ini, yang berlangsung dari 22 hingga 28 September 2025. Nikmati pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan seperti permainan crossword puzzle, ruang bergambar yang cukup Instagrammable, serta peluang untuk menghidu dan mengalami keharuman elegan Prada Paradigme.
Selain itu, anda juga boleh mencuba rangkaian haruman terkini serta haruman signatur lain daripada Prada Beauty. Istimewanya, anda juga boleh membawa pulang Prada 'Fanzine' eksklusif yang disediakan khas buat para pengunjung.
Tentang Haruman Terbaru, Prada Paradigme
Memperkenalkan haruman dengan struktur yang tidak disangka-sangka. Aroma maskulin berasaskan nota bold dan adunan smoky dari Peru Balm, resin Benzoin juga kayu Guaiac menjadi tiang hangat pada haruman ini. Kemudian dikontraskan pula dengan nota yang ceria daripada ekstrak geranium, kehijauan dan flora membawa energi yang tiada tandingan. Haruman ini dinokhtahkan dengan nota Calabrian bergamot dan kasturi.
Haruman ini juga boleh di dapati di semua stor kecantikan Prada Beauty yang terdapat di Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX juga Midvalley Megamall.